disable right click

like comel

moving tab

Sunday, December 23, 2012

Pusing2 JB prt 2



Sambungan Pusing2 JB prt 1... rasa tak puas 1 malam 2 hari lepak JB..  hmmm... untuk hari berikutnya kami plan ke JPO.. teman kak wanti shoping.. ! malangnya aku hanya cuci mata.. xgaji.. duit simpanan pon simpan untuk benda yang lebih penting.. +_+..








Sarapan Pagi.. eh pagi ke?






ABC special kepunyaan Kak Wanti..







Haaa.. nie kepunyaan saya.. bau lembu lebih.. +_+
















Kesian budak JB nie.. sampai sesat2  datang ke tempat ini
org last mkn.. hee





Nasi menjadi keutamaan beliau.. 






Selesai makan kami gerak ke JPO... kak yam n husbnd dia
terus balik kampung xdapat joint kami..








Yeaahhh!~  JPO!










OTW masuk ke JPO..
pic suke suke yang dipetik oleh En. Azrin..






Jom cuci cuci mata!!~
























emmm butik coklat pon ade kt JPO nie.. 
harga pon boleh tahan.......



















Terima kasih En azrin bawak kami jalan2.. pusing pusing JB..
^__^







Sunday, December 16, 2012

Pusing2 JB prt 1



14/12/12 !! JOHOR BHARU aku datang!! menginap di Hotel T-Hotel.. sampai dalam pukul 3 lebih.. dah terbayang bayang katil yang empok, keluasan ruang yang memuaskan.. yang paling penting Toilet ade tab mandi.. +_+ .. tapi apa boleh buat dah tengah bulan bajet hotel je pon yang mampu.. tak kesah la.. pengalaman ini kadang2 buat kita jadi lebih matang (tiba2)

Saksilah Bajet Hotel ini.. Betol2 bajet punya...


Tidak mempunyai almari. =-= men sangkut2 je.. tv kecik. kne tgk pakai teropong..
 tengok kena mendongak.. mencabar gilerr! +_+






Katil yang ala ala kadar je.. tapi ok la.. nyenyak je tido..
heheee..





aku puji Hotel ni.. jarang dah skng hotel ade tunjuk arah kiblat..
tapi x startegi susunan atur.. kami kena solat atas katil kau!
mungkin ruang yang kecil.. jalan pon boleh berlanggar bontot..
boleh bayangkan??









Aktiviti Malam...

Pasar karat & Danga bay..!!

Kenapa dipangil pasar karat eh? 
hmmmm... macam2 ada jual kt situ.. dari makanan, barangan, pakaian dll..
rambang mata tengok barang2 kat situ.. setakat tengok jela.. nk beli mcm x tak je..
yang paling best haipening!! hehehe..













muke mcm beria ria je tengok barang tapi belinya tak pon..







cumel glerr arnab nie.. dapat pegang2 je =.=






Aiskim Goyang..! dekat melaka xtau ade ke x.. try rase..
ok bese je rasanya.. cume cara dia beku kan tu agk pelik.. 







Puas pusing2.. rehat sebentar..





Tuan yang bawak kami jenjalan.. Thanks pakcik! ^_^




Danga Bay dah tutup weh!



plan lepas pusing2 pasar karat nk g danga bay..
masuk fun fair.. tapi da tutup! hmmm.. dah mlm sgt..
tengok jela xkua kereta pon..













lepas g danga bay.. encik sayang anta kami balik Hotel..
masa tu dah pukul 12 mlm kot.. igt nk balik hotel terus BOOM! (tidur)
tersempak pulak dengan kak yam kua dari 7E.
Husband kak yam ajak hangout lg.. hihiiihii..
Setulang dekat the zone. lepak2 tepi laut tengok pemandangan singapore dari jauh..





beli kuaci buat kudap2..






Pandangan dari jauh Singapore di waktu maalam






air dah sampai ke otak.. hihiii...





Yeaahhh! cukup untuk malam ini..~








Sambung part 2....




Sunday, November 25, 2012

^___^





Yeeeaahhh!! masuk nie da kali ke 2 Ujian ketostix dilakukan... 
test tetap sama Clor Pink! tapi kali nie pinknya cair sedikit dari yang lepas boleh klik sini   
(Pembakaran lemak sedang berlaku!) 
Diera! caiyok! sikit lagi diera sikit lg!! pastikan berat 48kg menjadi kenyataan! yeaaahhh!!! ^__^








Saturday, November 17, 2012

Jom Gelak!



Apa akan jadi kepada syarikat itu jika Peraturan peraturan seperti dibawah  itu adalah benar?
hilang akal? kejam? jom sama sama baca.. ! pastikan anda baca dengan penuh perasaan yang penting anda bersendirian untuk mengelakan dari sebarang kejadian buruk berlaku... hikhik..



MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2005, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-


a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.


b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.


c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.


d. CUTI SAKIT:
Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.


e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.


f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.


g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.






hahahaaaaa...  APTB..






Menu Ahad!

Ayam Masak Kicap Blacpepper..!



Thursday, November 15, 2012



Kajian Menarik Terbaru : 


Lelaki :

1. Pandu Ke Bank, Parking dan Berjalan Ke Mesin ATM
2. Masukkan Card
3. Tekan Nombor PIN dan Jumlah yang  dikehendaki
4. Ambil Duit, Card dan Receipt..





wanita : 

1. Pandu Ke Bank
2. Matikan Enjin Kereta
3. Perhatikan Makeup Dimuka Melalui Cermin Pemandu
4. Semburkan Minyak Wangi
5. Sikat Rambut / Betulkan Tudung dan Berjalan Ke Mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam Beg Tangan
7. Masukkan Kad ATM
8. Mecari Nombor PIN ATM dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan Nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan Sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanyakan nombor PIN yang betol
15. Tekan Nombor PIN yang betol dan periksa baki duit yang timggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "salah"
18. Masukkan jumlah yang agak Besar
19. Tekan "salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang  lagi besar
21. Keluarkan dam amik duit dari mesin ATM
22. Masukkan ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalanlan kereta
27. Berhenti tiba tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambik kad yang tertinggal dan Resit
30. Masuk kembali ke Kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard\
32. Buang Resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Periksa makeup sekali lagi
35. Membetul- betulkan rambut/ tudung 
36. Masukkan gear kereta untuk Reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..







Saya adalah Seorang Pemandu yang Berhemah!!






hahahahaaaa.. Mitos!!!  xsemua perempuna la mcm tu.. 


Saturday, November 10, 2012

Kurus Dengan Sihat




Gamba sebelom mengunakan SDII

3 minggu Berdiet dengan Protien..



Elakkan Makanan Mengandungi Karbohidrat :

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.








Dalam 3 minggu aku dah berjaya menurunkan sebanyak 4 kg..
dengan Bantuan SDII..
tapi
Tanpa SDII pon anda mampu menurunkan Berat badan dengan mengamalkan
Diet Protein Tanpa Berlapa..
tak percaya?? cuba la... !!!






Wednesday, November 7, 2012

Layan...~








Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu



Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku



Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu



Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu









Just 4 you  mucukk!~ ... 





jiwang melarat larat sejak sejak ni.. ...

Sunday, November 4, 2012

Hasil yang sangat memuaskan!





Ujian Ketostix Melalui Air Kencing.



Pengambilan karbohidrat adalah terkawal supaya apabila paras gula dalam darah berkurangan, badan anda akan bertukar kepada pembakaran lemak untuk tenaga dan menghasilkan ketosis. Bentuk ketosis ini adalah hypoglycaemic ketosis yang sangat berbeza daripada hyperglycaemic ketosis berlaku dengan kencing manis.

#Ketosis adalah proses semula jadi membakar lemak untuk tenaga. 

Bagi mengenal pasti sebab mengapa berat badan tidak dapat turun, perkara terbaik adalah melalui ujian ketostix 

Ujian Ketostix dilakukan melalui air kencing (Urine), kenal pasti ketona air kencing, pembakaran Lemak. Kaedah seperti ujian kehamilan.

Ujian Air Kencing


Warna / Petunjuk

Putih/Tiada – Pengambilan karbohidrat terlalu tinggi untuk menggalakkan pemecahan lemak (maknanya kita terlebih karbo, cadangan; kurangkan lagi karbo dalam menu) lemak tidak dibakar.
* Kertas ujian /Strip tiada perubahan = Lemak tidak dibakar (pengambilan karbohidrat berlebihan)


Merah Jambu – Bacaan yang IDEAL yang menunjukkan pembakaran lemak (anda berada di landasan yang betul, kekalkan menu)
* Kertas ujian/Strip kepada Merah Jambu = Lemak dibakar
* Penurunan berat badan akan cepat dan selamat bila bacaan adalah merah jambu.


Ungu - Perlu menambahkan karbohidrat dan pengambilan air (tambahkan sedikit karbo dalam menu)


Dan ini Hasilnya selepas 1 minggu 5 hari..!~

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-








Clor Pink ..
hmmm...  keputusan yang membanggakan..
usaha lg!! yeeaahh!!!!



Gemok VS Kurus~


Pernah dengar tak orang selalu dok sebut sebut.. masa kurus...  sibuk nk gemok.. bila da gemok sibuk pulak nk kurus.. tu la manusia tak pernah puas dengan apa yang ada.. hee.. tula yang aku alami skng ni.. dulu dulu  masa kurus.. mengila nk badan mantap2.. syok je tgk.. pakai ape pon nmpk seksi.. makan banyak2.. makan tido makan tido.. bila  kawan lama tegur.. " ehh.. gemoknya ko skng. senang hati ke?" haaa.. masa tu  la mcm cacing kepanasan sibuk cari produk pelansingan.. dan baru la terhegeh2 nk amalkan gaya hidup sihat. dulu xterfikirkan pun.. haisshh.. kalau la aku sedar dari dulu lg.. +_+

Dewasa ini Barulah aku tau betapa derita dan sengsaranya nk dapatkan bentuk badan yang cantik tanpa lemak.. kena kawal pemakanan, makan dengan kuantiti sedikit.. bersenam.. hurrggghhh!~ sampai bila boleh tahan kita tgk jela nnt ye.. 








Oblong + Sosej
Sudah menjadi makanan tradisi ! +_+ 






hanya dibaka sampai hangus kering.. dan bila makan..
aku je tau rasanya.. +_+








makan harian.. Pagi, tengah hari dan Petang..
buat masa ini , ni jela yang aku boleh telan
dan
Dibantu dengan SDII .. berperisa Susu Soya..
Kena minum 4 kali Sehari.. *dah mcm baby pulak smpai waktu kena minum susu* +_+
xpela nk kurus punya pasal..