disable right click

like comel

moving tab

Thursday, November 28, 2013

Makluk belaan~

Hari ni teringin pulak nk cerita pasal haiwan belaan. Stop kejab bercerita pasal dunia manusia yang penuh dengan pancaroba ni.. marilah sama sama kita selami dan hayati dunia haiwan .. Haiwan pun macam kita jgk ada kesah suka dan duka.. Asal benda hidup..



Ini comot.. Satu satunya makhluk belaan kesayang keluarga pakya.. Sekarang dah besar.. Friskies makanan febret comot.. Lain brand tak dilayan.. Apatah lg makanan yang beli dlm peket timbang.. Sanggup menahan lapar .. Mengada sangat!










Ini keluarga kecil comot.. Hidup 4 beradik..( Comot yang plg besar sebelah kakaknya clor hitam kelabu).. Ayhnya sejak lahir tak knl rupa.. Hilang ntah kemana. Hahaa..







Throwback

Comot hidup 4 beradik.. Dan comot jgk mempunyai kakak dan abg tiri hasil dari hubungan tak sama bapak.. (Mak comot plygirl).. Tapi hidup tak selalu nya indah... Mak comot dan adik beradik comot buat hal.. Lalu Di tangkap lalu dibuang! comot yang cerdik sempat memboloskan dirinya.. Sejak itu comot menangis siang dan malam mencari emaknya dan adik beradik yang lain..

Comot keseorangan.. Tak terurus.. Kurus dan comot..





Tapi comot bernasib baik dia masih punya kakak dan abg tiri.. malang sekali abg dan kakak tiri menjauhkan diri dan cakar bila comot mendekati.. Comot sedih.. Keseorangan.. Comot tak putus asa Mahu jg bergurau dengan kakak dan abgnya.. Beberapa minggu kemudian abg dan kakak comot dapat menerima comot.. Comot sangat happy!! Tidak lama lepas tu abg dan kakak tiri comot buat hal!


Lalu dibuang..

Hidup comot keseorangan... Menangis memanggil abg dan kakaknya.. Comot tidak lalu makan.. Tidak aktif seperti dlu.. Makin kurus.. Lama kelamaan comot dpt menerima kenyataan..

Dan sekarang ni..


Rumah ni dah lama takde budak kecik.. Tp cukup comot sekor dah boleh buat rumah jadi huru hara.. Penyebuk no 1. Nk buat kerja kne tunggu dia tidoo.. Hadoii..



Makin gemok.. Sangat aktif, dah bujang tp sedikit pondan.. Sombong taknk kua rumah .. taknk bersosial.. Eh makan sangat memlilih.. Tido beralas.. Semakin mengada ngada.. Dan menjadi haiwan peliharaan yang sgt disayangi oleh famly pakya!


Wednesday, November 27, 2013

Wow~


Ketingalannya aku dalam arus pemodenan mematangkan dan membuat aku turut serta.. Maksud aku, dari segi teknologi.. Cewah ayat!.. Errkk bab2 teknologi ni mmg aku slow sikit.. Lagi nk explore itu ini.. Tak kuasee aku.. Selalunya org yang tukang explore kan untuk aku.. Terang kan satu persatu lepas tu baru aku berminat..


Tapi kadang kala apa yang aku nak tak sama apa yang dorg ada.. Terbaru aku tanya kawan2 "weh korang ada lagi best tak app selain bloger yang memudahkan aku create blog guna ipad? Leceh la guna bloger tu tak boleh centre ayat tak boleh colorkan perkataan, tak boleh nk blod, underline eh byk lg la.. Tak macam create kt lappy" dorang jawab "cuba ko tanya imac centre aku rasa dia tau kot masalah ko ni" errrkkk.. Frust! Dorang tak tau pon..


Jadinya terpaksa explore sendiri, carik kt app store jumpa blogsy.. Tapi tak tau apa function dia.. Jalan mudah aku google.. Siap tgk video lg.. Dari setting sampai cara nak upload pic video publish kt blog sume aku tgk, makan masa jgk la nk faham.. Apa yang aku nak ada kt blogsy ni.. Yeaahh! Segera aku dowlod!






Sedia maklumlah app apple kebanyakan berbayar ( ni y aku malas) k
Jom la kita shoping disini~











Eh jab sebelum tu aku nk tunjukan perbezaan antara bloger free dan blogsy berbayar










Ni lah bloger yang selalu aku gunakan.. Simple sgt.. Boleh up picture, mengayat.. Kalu nk centre ayat, blod sume tu kne edit balik pakai lappy.. Bosan!














Nah! Ini en blogsy yang telah memudahkan kerja kerja menaip saya!



Jika lihat atas header tu ada format sama seperti microsoft word kan? Yeah! Ni la yang aku carik! Apa nak suma ada.. Dah tak perlu sgt perkhidmatan en vioa.. Hahah berlagak! Kalu perasan kat bawak tu ada tagline " posted with blogsy mini ipad" tagline tu akan wujud bila pakai perkhidmatan blogsy sahaja..



Terima kasih tak terhingga la en blogsy kerna dah menyenangkan kerja sy menaip naip ni.. Tak perlu lg nk edit guna lappy.. Terus publish je kt sini.. Eh eh aku tau aku bukan org yang pertama guna app ni.. Mungkin org plg last yang tahu.. Hahaha oke bye!!




Tuesday, November 26, 2013

Kereta buat hal~

Perkara yang tak pernah terlintas di kotak fikiran aku bila kereta yang dipandu buat hal.. Arrghh tension! Boleh pulak tga syok layan lagu havoc nyayian joe foizzow tetiba ada bunyi meletop.. Hilang kawalan bergoyang kereta tu ibarat pukulan angin halilintar.. Dah la masa tu kereta berada kt line kanan boleh pulak masa tu tga potong kereta2 yang ada kt laluan kiri.. Sekali hambek kau..

Macam org gila aku coolkan streng tu.. Brek pon kereta stil bergoyang nak mampos.. Aku sampai terfikir nak langgar divider tu nk kasik kereta tu berenti.. Kereta laluan kiri pulak mcm tak reti bahasa kereta aku tga azab.. Tak nampak ke aku dah bukak double single .. Tu tandanya kecemasan.. Eh geram pulak aku.. Ni cmfm lesen terbang... Dlm keadaan yang separa cemas aku honnnnnnnnn sekuat hati.. Baru la kereta laluan kiri slow.. Grrrrrr... Terus aku belok masuk laluan kiri menjajar kereta ntah berapa jauh.. Aku berenti. Tgk.. Tayar bocorrr! Hey! Bila masa pulak ni bocor? Hadoiiii... Tau2 je dah gaji ko buat hal kan..







Dalam posisi mencangkung tgk tayar sambil Urut dade aku bila teringat balik kejadian td.. Terik nafas panjang2 . Aku kol abg bull.. Cerita pasal kereta buat hal masa tu pulak abg bull otw. So kol shalini pulak.. shalini soh kol kak mina.. Kebetulan kak mina sama haluan nk ke ofice.. So kol kak mina dlm 5 min mcm tu kak mina sampai.. Aku pon apa lg.. Lock kereta.. Tumpang kereta kak mina -- jalan..


Dalam kol 10.30 pg mcm tu pakcik cleaner tanya pasal kereta.. Rupanya abg bull dah siang2 ckp kt pkcik problm kereta aku tu.. Pakcik ofer diri nk tukakan tayar spare..



Thank pakcik tlg saya~ 


Settle je pasang tayar spare aku strt enjin dan jalan.. Ohh maii.. Bergoyang2 der dh mcm tunggang kuda aku rasa.. Pakcik soh aku ikot dia.. Oke bengkel.. ( aku dah nmpk duit terbang2 kt atas kepala) . Abg bengkel tu ckp tayar aku dah teruk sgt kne tuka.. Aku ckp ok tuka.. Tayar second je la bang.. Abg tu ckp takde tayar second, tayar jenis ni mmg susah nk dpt second. Lg pulak jenis spotrim apa jadah ntah.. Eh malas nk pike.. Terus aku ckp tayar apa y sesuai je bang? Good year. Berapa bang? Rm 210.. Kol ayah.. Ayh ckp tuka jela.. Kalu tayar baru tuka terus 2 belah.. Errrrkkk.. Duit bagaikan air sungai yang mengalir deras.. !
Tabahkan hati.. Keta sedang dibaiki..harap sangat kereta kau jgn buat hal lg... Kang aku sumpah ko jadi kuda!!

Sunday, November 24, 2013

Berubah mengikut mood~


Kalau perasan kat sebelah gadget picture tu sentiasa berubah berubahkan.. Ya! Aku memag suka tukar tukar gamba.. Aku jenis yang cepat muak ngadap dan tgk benda yang sama berulangkali.. Jadinya memang sengaja ditukar tukarkan bia mood nak update blog rajin tetiba.. Cumanya aku tak pernah tuka background kalu perasaan.. Always pink ...! Pink tu jiwa aku. Tengok la nanti esok dah tua sikit dah tak kena ngn jiwa aku baru semangat nak tuka kot.. Kot la..







Dah bertukar.. Ini kali keberapa aku tak pasti.. Tp mmg febret dok tuka tuka picture.. 





Seterusnya.. Part paling aku suka perubahan adalah header.. Kalu perasaan beberapa bulan yang lepas header aku "simple but nice" dengan gamba single, berbaju merah| hitam, Tapi sekarang dah tukar ke.. " story of my life" aku rasa lebih sesuai.. Lebih buat org faham.. Blog ini sarat dengan kesah kehidupan aku.. Lebih kepada menjalani kehidupan harian dan dicatitkan di blog sebagai kenangan.. Faham?







Still picture single.. Nnt dah kawen mungkin akan ditukarkan menjadi double.. Haha.. Ada beberapa header aku simpan.. Nnt busan header yang sekarang akan aku tukarkan ia kepada yang baru.. Kalu perasaan tredmark tak byk berubah.. Setiap header aku mesti ada pic camera.. Tu menunjukan setiap entry akan ada lambakan gamba gamba untuk tatapan.. jenis aku kalu entry mesti nak kena ada gamba.. Baru aku rasa setiap kenangan yang aku paparkan "hidup" -- itu pandangan aku la.




Aku nak tekan kan disini.. Perbezaan FB, Instgrm, Twiter, tumbler apa lg ntah -- tak sama dengan apa yang aku post di blog.. Berbeza.. Blog ni banyak aku paparkan kesah hidup, luahan perasaan, sedih, happy, hampa semua akan aku luahkan disini.. Tabiat aku bila busan aku akan explore blog aku.. Mana yang aku dah lupa akan mengimbau kembali dan aku kan senyum sorg2.. Itu aku.. Bukan aku riak, bukan aku berlagak setiap kali aku post entry yang mcm over sikit.. Up tunang sendiri.. Apa ntah lg.. Aku faham bila org lain yang baca akan pikir kelain.. Sebab tu aku luahkan di blog ini.. Bukan di FB!  twiter instgram yang mana semua org boleh baca.. Blog ni aku rasa special sikit.. Bila org view je baru boleh tgk dan baca.. Kalu perasaan lg setiap kali "tajuk" aku akan tulis pelik2 sikit yang mana kalu org seacrh google pon tak jmpe entry2 aku.. Dan kadang2 banyak simbol2 je.. Tak semua org tau aku ada blog..



Sekali lagi aku nak tegaskan disini.. Jika ada perasaan meluat, nak termuntah dan sebagainya plzz la jgn view lg.. Anggap la blog dieranadiera ni tak wujud..  takde sebab nak baca pun hanya kesah2 kehidupan yang simple dan yang ntah apa apa je.. Kalu dah perasaan ingin tahu tu meluak luak nak baca jgk.. Baca dan silent.. Jgn disebabkan blog yang ko baca ni menambahkan rasa sakit dihati .. Sebelah gadget pic empunya blog ada sound siap2 siap.. 




Hah.. Kat sini dah nyatakan.. Senang je taknk rasa meluat.. Jgn view.. Aku mmg tak perlukan pembaca yang ada perasaan "meluat tu" oke faham?



Sejak tahun lepas lg aku mcm dah slow sikit dengan blog ni.. Tapi bila encik tunang dah sound.. " eh bby dah jarang update blog eh? Huby asik baca entry y sama je.. Update la mucuk suka baca blog bby.. Rindu nk baca baby berceloteh dlm blog ni.. Mcm tu jgk dengan kawan2.. Jadinya bila aku dah strt menaip mmg tak kan berenti.. Ada je benda aku nk tulis.. Ada je bende aku nk ceritakan.. -- jenis aku kot Suka membebel dalam bentuk penulisan.. 


Sekarang ni lagi la senang aku nk update blog.. Tengah baring sambil mengunyah pon aku boleh menaip.. M. ipad buat aku ketagih nak mengupdate.. Thn lpas mcm malas sebab pakai lappy.. Kena duduk setempat dalam  keadaan tegak.. Arrgghh boring..! Sekarang ni semua benda dihujung jari.. Eh lps ni mmg bertimbun2 la dalam list korang entry aku je.. Hahaa.. So awal2 aku dah bgtau abaikan blog ini dengan serta merta jika rasa meluat.. Lepas ni akan ada byk lg entry yang akn buat korang rasa nk muntah berbakul bakul.. Semuanya berkaitan dengan kesah2 aku.. Takde kene mengena ngn sesape apatah lg aku nak tulis berkaitan  org yang aku benci.. Tak mungkin! 




Esok dah gaji.. Rasa mcm nk beli keypad mini ipad ni la.. Dah usha lama dh ni.. Harga dlm 259.**  dlm tahap kemampuan aku lg.. Beli untuk dijadikan hantaran pon cara jgk ni.. Hekhehek.. 



----- sejak kebelakangan ni en tunang membusy je dia.. Kena settlekan kerja yang tertangguh.. Isnin en tunang dah start kerja kat tempat baru.. Alhamdullilah rezeki dia dapat kerja kt senai still JB jugak.. sekarang pon dah pindah kt senai.. Kawan2 rumah yang sekarang pon ok.. dekat sikit senai ke melaka.. Thn depan carik rumah sebijik ye.. senang nk ulang alik melaka -- JB heee.. Moga dipermudahkan segala apa yang kita lakukan.. :')









Monday, November 18, 2013

Happy perkenalan ~



Alhamdullilah..  berkenalan  Pada 18 november 2011. Hanya berkawan pada mulanya dan menjadi semakin serius pada 24.1.12.. (Couple) Sempat la berkawan dan bercinta.. Seterusnya mengikat tali pertunangan pada 16.3.13 in shaa allah akan ke alam perkahwinan tidak lama lg.. 


kalu nak dikirakan mula en. Tunang start mengurat pada 28 mac 2010. Tapi tak  serius pon.. Hai hai bye bye mcm tu je.. Dia kata aku dulu sombong.. Lepas tu kerek lepas tu mcm nak taknak je kawan dengan dia.. Hahahaa.. memang la kena jual mahal sikit.. Ini la dinama kalau dah jodoh tak kemana.. Pada 18 nov 2011 baru terbuka pintu hati kami nk berkawan dengan serius dan sehingga kini.. 



Nak trawback gamba gamba yang penuh makna  bagi aku sepanjang perkenalan kami ~








Gamba semasa menyertai kursus perkahwinan .. Bermakna bagi saya bila en tunang sanggup dari JB turun melaka semata mata nak teman saya.. Awak tau tak en tunang ada org tanya saya " datang dengan sapa?" Terus saya tunjuk awak.. "  tu tu barisan ketiga yang tengah tengah tu.. Tu la tunang sya" tehee.. Thnks awak.. Selalu buat hati sy happy.. !













Banyak banyak kali kita date.. Ini lah kali pertama kita dating sy masak kan untuk awak..  Rendang daging dan kuah kacang.. Sy suka tengok awak makan.. tiap kali makanan masuk dlm mulut awak.. Tak abis2 ulang " bby sedapnya bby masak.. B suka la nnt masak kan lg eh" walaupon sy tau sy masak takde la sedap mana pon.. Thnks b.. Setiap apa yang sy buat mesti dapat pujian dr awak.. 
















Awak tau je makanan kesukaaan saya.. Setiap dating mesti ajak sy makan satay.. " bby jomm! Makan satay.. Bby suka mkn satay kan jom" heee tersentuh sy.. Walaupon kadang2 awak tak dapat nk penuhi permintaan sy.. Kita ni tak mcm pasangan yang lain hari hari dating.. Makn sedap2 . Tp setiap kali jumpa, sy tau awak dah buat yang terbaik untuk happy kan sy..  Thnks darling~

















Awak tau kan.. Bab2 jlan saya mmg fail abis..  Setiap kali dating tak sah kalu tak sesat.. Bila saya tunjukkan jalan yang salah dan kena U-turn tempat yang jauh.. Awak tak pernah marah sy.. Paling tidak pon awak cakap " takpe bby sesat banda je kita carik jalan sama2 k.. Walaupon masa tu sy tengah kusut awak balik yang coolkan sy.. Haiss.. Sy senang bila dengan awak .. 

















Pada masa tu hujan lebat.. Sy on wiper tp wiper tu tak berfungsi dengan baik.. Terpaksa sy berenti, hujan tak lebat sgt baru sy gerak balik..  Sampai je rumah sy mengadu dengan ayah.. Ayah ckp tuka je la kereta tu.. Tapi sy taknk.. Kereta tu ok lg.. Lg pulak kereta tu ayah hadiahkan sy masa sy abis sekolah.. Banyak dah kereta tu berjasa dengan saya.. Kerja KL ulang alik ke melaka.. Sayang nak jual.. Malam tu jgk sy kol awak bgtau wiper kereta buat hal.. Tak sangka awak amik cuti esoknya .. Buat2 mcm awak pergi kerja.. Waktu lunch tu tiba tiba awak kol sy ckp ada kt bawah ofice.. Terkejut sy.. Turun ke bawah tengok awak dah ready tunggu sy... Melompat2 sy masa tu.. Kejutan apa ni? Haisshh.. Datang nk jmpe sy n nk betolkan wiper kereta je.. Terharuuuuu... 






Happy perkenalan azrin razak.. Detik detik perkenalan yang berakhirnya ke tali pertunangan.. Thnks 4 everthing..  Setiap peristiwa yang menjadi kenangan pada kita sy akan ingat..! Bila sy tanya .. B bulan ni bulan apa? Awak jwb "november" sy tanya lg "ada apa pada bulan november ni" awak jawab " tarikh b ngurat bby yang sombong ni la" hihiii.. Sy tersenyum .. Awak igt rupanya.. thnks syg!











Sunday, November 17, 2013

Hampir ke ----> L



Susulan dari cerita smlm.. Happy day .. Aku tak tau la mana nak mulakan dulu.. Oke. Aku mulakan dengan " baju apa nak pakai"? Kebiasaan aku akan termenung dlu .. Selak selak baju yang tergantung.. Dan pilih.. Oke kemaja, seluar jeans. Done! Turun bawah dan mandi .. Selasai mandi aku siap2 untuk menyarung pakaian. Dan apa yang menghairankan aku.. Bila aku sarung seluar jeans tu tak selancar dan semudah sebulan yang lepas..! Tersangkut2. Tang punggung aku rasa satu penyeksaan dan bila nk butangkan aku terpakse tarik nafas dalam2 sepantas yang mungkin aku butangkan.. Fuhh.. Lega.. ! 


Aku try berjalan, duduk kemudian cangkung.. Seksa yang  aku dapat..  Seksa! Dengan riak wajah pasrah aku tukar seluar yang lain.. Alhamdullilah muat tapi tak selonggar sebelum ni.. Aku duduk termenung.. Jari aku mula mengira-gira.. Ya aku ingt baru sebulan yang lepas aku pakai jeans ni la.. Apa dah jadi ni?? Argghh!! Gemok dah ke? Eh.. Apa ni.. Aku rasa ringan je badan ni.. Mcm mana boleh drastik naiknya? Bongokla.. Lechitin dah aku telan sebotol. Mcm tu jgk alfafa. Pesal pulak tak turun2.. Oke pendekatan yang aku amik.. Biasa la org nak kawen ni badan gerenti naik sebab senang hati =.="







Jeans ni dah lama giler aku pakai dari tahun 2009 sampai skng aku masih pakai.. Beli byk mana seluar, ni jgk aku pakai selalu .. memang febret aku.. Saiz 27.. Skng ni seluar aku boleh ngam dengan MNG je. Kalau levis saiz 27 cutting low cut mmg kelaut. Langsung tak boleh sarung. Aku benci levis sebab xde punggung besau2 y boleh pakai. Hahaa.. Melainkan straight cut. Tapi tak cun!












Takpe rr aku simpan dlu seluar ni lg.. Dpt pakai kejab je.. Seblom ni tak muat jgk lps mkn sd2 langusng boleh pakai. Sukee! Tp skng tak lg. aku simpan dlu. Lps ni kurus janji tak naik lg aku pakai balik! *semangat. 





Berikutnya.. ---> Tentang baju hari raya yang lepas.. Sebelom ni aku giler shopping online.. Banyak shop yang aku follow.. Aku lebih berminat beli baju online bila time raya.. Banyak pilihan dan jarang kita nampk jual di butik2. Plg best bila kita beli baju online dorg mintak kita feedback disertakan dengan gamba sekali.. Kira nk tarik pelanggan lain membeli la tu.. 





Pernah nampak tak aku post pic ni time raya?? Tak kan. Mmg tak la sebab raya ketiga aku nk pakai dah mcm sarung nangka.. Langsung tanggalkan.. Sedih giler dapat pakai pon masa testimoni online shop je.. Cepat betol badan ni membesar la tanpa aku sedar.. 



Apa nak buat lagi dengan badan ni? Kang tak mkan berhari hari pengsan pulak.. Nk senaman mcm ada takde masa. Baju selalu je lupa nak bawak. Nak g gym.. Aku tgk bercampur ngn lelaki Mcm tak selesa pulak.. Pesal pulak aku makan lebih aku je y demok. Leeya elok je tgh malam cedok nasi berbukit melantak je kejanya. Keremping je aku tgk.. Tak adil la! Stress! 




Saturday, November 16, 2013

Happy day~


Weekend with leeya! Haisssh lama rasanya tak kua dengan budak ni.. 3 minggu dia cuti, minggu terakhir dia kt melaka baru ada masa nk kua . Itu pon bersebab shoping keperluan leeya.. Kalu tak mmg kami abis masa kt rumah je.. Borak2 melepak dan melantak.. Kebelakangan ni rasa malas nak keluar.. Leeya takde ajk aku pun buat keras jela.. 





Kali ni leeya dah cerdik sikit.. Bawak baju sikit je.. Nk kua sume rembat baju aku, yang aku kira dah tak muat . Buat masa skng ni la.. Aku dlm usaha nk kurus kembali :)













Kalu dah bergabung menjadi aje!











Aku ada something nk dikongsikan.. Kebetulan mak g avon beli barang custmer dia.. Aku joint masuk sekali disebabkan hujan.. Dlm pada mak dok belek2 buku oder, aku sama sibuk belek.. Mcm biasa la.. Ada je bende pelik yang aku dok berkenaan.. Dalam tak sedar2 aku tunjuk2 je brg yang aku nak kan tu.. Kakak tu pon masuk sekali dlm list.. Sory mak..! Heheee.. 



Nah ini dia.. MEGA EFFECT  MASCARA..


Unik sgt2..! Aku suka berusnya sekali sapu ke bulu mata outometic bulu mata mcm penyapu! Wahh! Aku akui Sekarang aku penguna tegar loreal.. Tak kurang hebatnya dengan loreal.. Sebab tu tak pernah cuba jenama lain.. Segala segi loreal.. Kdg2 body shop.. Aku tak mampu lagi nak pakai mac apatah lg channel.. Jenis aku jenama bukan ukuran janji selesa dan memudahkan kita.. Tp sekali sekala teringin jgk merasa.. Huuu.. 



Aku suka cara dia dibotolkan.. Sgt unik! Hasilnya pon super hebat!! Mmg tak rugi aku rembat brg ni.. Hee sory mak.. Takpe la mak kan..  ank perempuan kan dua org je.. Apa ada hal..








Dengan hanya satu sapuan sahaja.. ! Bulu mata kau bak mata unta gitu.. Sgt puas hati.. Dan y plg best aku try tenyek2 kt mata pon tak comot.. Waah! Hahahahhaaa.. 












Tgk ada sedikit perbezaan dr mata kanan dan mata kiri kan.. Bulu mata kiri mengunakan mega effcet mascara dan bulu mata kanan mascara loreal.. ! Terbaik! Ringan serta dengan satu sapuan sahaja mata kau autometik lentik dan panjang.. Hahaaa... sapa kata barang murah tak hebat? Aku dah bukti kan dan aku dah jatuh cinta dengannya :) heee.. 





Monday, November 11, 2013

Trobek~



Ini gamba lama.. cerita lama.. Dok belek belek gamba lama dlm ipad, terjumpa pulak folder "genting time" nk throwback balik la.. Rindu zaman merayap dengan kenkawan ... bila tengak gamba lama rasa happy pulak.. Masa ni tau enjoy je.. Haa duit totaly abis berjalan, makan, shoping.. Skng ni baru terfikir nak menabung.. Hahaa.. Takpe masih belum terlambat.. Teheee.. =.="



Genting.. Main redah je nie ..














Cabar diri sendiri naik cable car.. Kerek! Last2 Haa aku terpaling kayu sekali . 










Menginap di Theme Park Hotel
 (Perot tu err.. ini efct pemakaian 2 lapisan sekali gus!)










Rasanya takde aktiviti lain dah la.. Bergamba jela sambil menikmati angin sepoi sepoi cam gini.. Kami tak dapat main outdor disebabkan hujan pergi dan balik.. So bergamba jela bukti kami naik genting hahahaa..














My BBF
















Kak yam yang super cumel ^_^















Belah malam pulak kami ke In Door..  Apa lagi buat kering tekak la..  Bila dah leka  jerit sana sini baru perasaan 2 keping je gamba masa kt in door..   Hasihhh.. !



























Pagi esoknya pulak ingtkan nak main out door.. Tetap hujan jgk.. Huwaaa.. Tak seronok.. Grr!  Pagi dah gerak balik .. Lepak KL jela.. 










Kami jalan2 kt Time square.. Niat mmg nk g sana nk main roller coaster.. Lepas geram tak dpt men kt genting.. Bila tgk je roller coaster dia mcm ni simpang siol, berlipat2.. Sekelip mata ubah fikiran.. Hahaa.. Tak jadi la.. 









Lama jgk la kami lepak time square.. Makan2 shoping sampai mlm.. Lepas tu gerak ke ICT masuk ni dah 2 kali aku ke ICT






Wajib g sini bergamba dengan gajah afrika ni.. Hahaa.















Pemandangan dr atas! 


















Aritu pegi tak masuk snow. Kali ni pergi puas dapat masuk buat2 sejuk badan.. Cayalah!

















Gelongsor ni buat aku gerun tp best!
















Kebal betol .. org masuk sini sewa boot.. Aku masuk sini sarung seliper je.. Baru mencabar..  Bestnya time ni.. Rasa nk lpk lagi ngn korang enjoy je.. Rindu zaman muda muda dlu.. Hahahaa~








Spegeeti



Spegeeti by leeya. 

Budak metrik cuti sem rajin buat makan makan la.. Hahaaa..  pagi2 dah ajk mak beli barang nk buat spegeti nasib bek  aku kerja kalu tak aku jadi mangsa dia .. Sanggup tunggu aku balik kerja.. Katanya nnt buat siang kakngah tak dpt mkn pulak.. Baiknya budak ni..

Spegeti budak cengeng ni lain sikit dari resepi aku .. Ini disebabkan dia tak suka pedas. So sedikit sos or lada pon dia takde letak.. Hanya rasa masam masam je.. Mmg betol2 rasa spegeti omputih dek ko buat.. 





Bahan2 seperti diatas.













Nah ini hasilnya.. Nampak mcm sambal udang je. Hah! Tp bila makan super sedap dek!











Buktinya ini kali kedua akk kau tambah..  Hahahaa.. Adoi takpe takpe spegeti tak gemok makan.. Sekali sekala takpe lah.. Amik hati org dah penat masak. Haha.. Oke dek percubaan yang baik!