disable right click

like comel

moving tab

Tuesday, March 18, 2014

Borang Nikah~

Borang nikah ni patutnya dah settle awal2, tapi aku last min baru settle. agak rumit prosuder bila berkawen dengan orang luar dari melaka. nak pulak orang johor.. Hahaha.. Tapi alhamdullilah akhirnya settle jgk. Bukan senang nk senang oii.. Kawen pon nk ikot step by step. Hadap jela.. Nak kawen kan.. -_-"

 

Borang nikah pihak lelaki ( johor) .

Oke nak cerita sikit pengalaman budak johor settlekan borang nikah dia, agak kelam kabut tambah serabut nampaknya dia ni. Orang johor nak nikah prosuder dia agak rumit sedikit berbanding dengan negeri melaka.

- mulanya.. Isi Online borang NCR. Johor maju . Pendaftaran guna online. Isi segala butiran peribadi dekat situ. Kemudian print. Pendaftaran mengikut tempat kelahiran.

Borang perlu lengkap dengan disertakan

- IC pemohon ( 2 salinan)

- IC pasangan ( 2 salinan)

- Surat pengesahan akuan bujang ( 1 salinan)

- Pengesah ujian HIV ( 1 salinan)

- Sijil pra perkahwinan ( 1 salinan)

 

 

Apabila lengkap kesemua borang tersebut.. Barulah ke pejabat agama kota tinggi. Budak ni belum apa apa. Dan lupa paswrd NCR tersebut.. Puas kodek2 tak berjaya. Jadinya org pejabat agama kota tinggi suruh dia balik je buat kt kulai dekat sikit.. Hmmm.. - tertangguh.



 

 

Isi borang secara menual.

Esoknya. Pergi pejabat agama kulai amik borang menual je senang. -- balik isi. Surat akuan bujang dari kota tinggi dah tak laku. Jadi kena mintak surat akuan bujang daerah kulai. Setiap borang yang diisi nk di sertakan saksi. Dan diserta lampiran salinan tersebut. Oleh sebab bernikah dengan orang luar. Borang kebenaran nikah luar negeri johor kena isi dan lampirkan bersama sama salinan td.

 

Interview

Esoknya pergi balik pejabat agama kulai.. Sebelum dicop pengesahan. Pemohon wajib disoal perkara asas agama. Eh tak lulus kne interview lg.. Lagi lagi dan lagi sampai lulus. Nasib baik lah en tunang lepas dlm intervw tersebut. 10 soalan asas yang di soal.


1. Apa maksud Bismillah

2. Mengucap 2 kali Syahadah dan maknanya

3. Doa qunut dan makna nya ( kantoi makna tak hafal)

4. Tahiyat akhir

5. Niat solat subuh, magrib isyak

6. Apa itu rukun islam

7. Rukun imam

8. Berapa kategori najis yang ada

9. senaraikan 5 tanggungjawab suami

- nafkah zahir batin, membimbing isteri ke jalan yang benar, mendidik anak dan isteri. ( lagi 2 tak dpt jwb lupa katanya)

10. Baca niat mandi wajib.

 

Fuhhh.. Kalu aku la yang kena soal mau demam. Hahaa.. Kantoi sikit je jadi di maafkan dengan syarat en tunang kena beli buku "tanggungjawab suami" hekhek.. Bagus jgk jabatan agama buat mcm tu.. Sekurangnya kita dalam keadaan bersedia.

Selepas lulus interviw. Barulah proses "pengesahan" segala ibu bapak borang yang dah disertakan untuk dicop oleh jabatan agama. Oke settle belah lelaki.

 

Borang Nikah pihak perempuan (melaka)


Bila dah settle belah laki tiba giliran pihak perempuan pulak settle segala maklumat berkenaan dengan borang nikah. Borang nikah di ambil mengikut daerah masing2.

 

Borang lengkap disertakan dengan

1. IC pemohon ( 2 salinan )

2. IC pasangan ( 2 salinan)

3. Surat beranak (2 salinan copy)

4. Sijil nikah ibu bapa ( 2 salinan)

5. Surat akuan bujang ( 1 salinan)

6. Surat pengesahan HIV ( 1 salinan)

7. Sijil pra perkahwinan ( 1 salinan)


Dah Settle lengkapkan borang laki dan perempuan kami pergi jumpa imam kampung untuk semak dan cop pengesahan borang belah perempuan. Borak2 kosong pastu en tunang tanya imam " imam saya nak tanya la kalau dekat johor imam sana akan soal sebelum nak nikah, dekat melaka sama tak imam? ( ish2 sopan betul dia ni, haha.. Taktik sebenarnya nk tau apa soklan yang akan di soal) " ohh.. Yeye mmg ada. Sebelum nikah kita kne sucikan hati. Jadi kena soal, soal pon perkara asas je. Mengucap, al- fatihah, istifar. Bapaknya pon kne soal jgk. Nnt ingatkan ayah ye." Lepas imam ckp mcm tu baru la aku nampk muka en tunang hidup. Kalau tadi pucat lesi macam tak cukup darah. Hahaha


Langkah seterusnya keesokan harinya aku sendiri hantar borang nikah yang dah lengkap ke pejabat agama jasin. Dan dikenakan Rm 10.00 untuk next borang. Proses 3 hari. Dapat je borang terakhir tu terus bagi imam. Borang tersebut kena isi dan sign masa nikah. Oke settle. Lengguh jari jemari menaip laju laju -- sambung jahit manik. Ceritanya selagi tak kawen -__-"

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments :

Post a Comment