disable right click

like comel

moving tab

Monday, September 24, 2012

Produk Terbaru Saya Setelah Mencapai 25 th.


Apabila umur  semakin meningkat.. banyak pekara yang kita perlu titik beratkan.. salah satunya kecantikan dalaman dan juga luaran. Anugerah yang di kurniakan pada kita harus di jaga dengan baik.. tak gitu?  hehe.. sebenarnya yang beria ria suruh tuka Produk dari Solutions ke  Anew Avon adalah mak aku sendiri.. keterujaan dia melebihi aku pulak.. katanya.. umur da cecah 25 tahun dah tak sesuai pakai Solutions . Anew lagi bagus untuk orang yang berusia 25+  ade mengandungi Colegen la.. ape la.. bla.. bla.. abis semua di terangkan.. aku hanya mampu meng'iya'kan aje.. 

Bila di belek belek dalam katalog mak oii..!! jauh beza harga dengan Produk yang sebelum nie boleh dibeli tanpa buat kira kira.. tapi produk yang ni pesal mahal sgt? .. ( mahal bagi org y xberduit mcm aku ni kan) Tak boleh ke pakai produk lama mantain sampai tua? kena tuka jugak ke mak? jawapannya tetap kena tuka jugak! cream Solutions belum abis dipakai turun ke Leeya pulak.. "suatu hari nanti kau akan berterima kasih dengan mak" .. ohh.. okey.. untuk pertama kalinya membeli produk yang mencekek duit poket aku nie di taja oleh Puan Mariani.. tapi gaji kena bayar separuh.. +_+ menelan belanja hampir 3++. khussh semangat.. xtau la boleh mentain ke tak. 





SET PRODUK ANEW 25+







Clarifying Cleanser (100ml)
Pencuci muka yang sangat best!
 menanggalkan kotoran semaksima yang mungkin!!






Activating Lotion (100ml)
menutup liang2 pori pada muka..
jugak bertindak sebagai penyegar pada muka.




Intensive Correcting Serum 30 ml
Fungsi : Menyerap sehingga 10 lapisan kulit agar cerah, jernih dan Licin
juga bertindak merawat kulit muka agar kelihatan sihat.





Protective Day Cream SPF 20 (15g)
 menghalang dari sinaran UV serta meratakan tone kulit muka
&
Vitalizing Night Cream(15g)
memberi kelembapan yang maksima serta bertindah merawat kulit wajah.

Cream paling sedikit kandungannya yang pernah aku jumpa. 15g  xsampai sebulan kot. 
xpadan dengan harga la.. +_+





Brightening Eye Serum  (15g)
Merawat masalah "mata Panda" juga menetang kedutan pada bahagian mata..



yang dipaparkan diatas adalah Basic untuk Produk Anew nk ikotkan ada  2 lagi Produk Iaitu Transforming Mask dan Ultra UV Shield SPF 50.. tu kemudian pon xpe.. xckup bajet nk sapu semua sekali..





Dan ini adalah Mini Set yang terdiri daripada cream siang dan malam, pencuci dan juga toner..
untuk dibawa ke Pejabat.. ^__^








No comments :

Post a Comment