disable right click

like comel

moving tab

Tuesday, December 31, 2013

Hi 2014



Haii 2014!!
Tlg jadi tahun yang baik dari tahun tahun sebelumnya ya!!


Aku mengharapkan tahun 2014 adalah tahun keamanan, ketenteraman, kegembiraan dan tahun yang penuh kebahagiaan .. !!

Wahai 2014.. Start dari hari ini.. Aku nk jadi bff kau la.. Aku nk baik2 dengan kau dengan harapan, Tahun 2014  akan  memberi lebih makna bg aku dari tahun yang sudah..

  

Aku harap...
- cuba terpaling baik menjadi anak, adik dan kakak 
- lebih matang
- bersopan santun
- jadi penyayang
- elak ego
- lebih matang
- kurang merunggut
- kurang merajuk
- kurang marah2
*semua sifat & perangai buruk di kurangkan*


Dan terpaling aku harapkan ..
Kehidupan yang aman dan sempoi2 tanpa ganguan dr lalat lalat, nyamuk nyamuk yang boleh mengugat emosi dan tahap sabar aku. Be nice!



Moga tahun ini memberi sinar harapan dan kebahagian untuk kita semua..




Muka nerd penutup tirai 2013!







Saturday, December 28, 2013

Scrub Badan~

Kini mempersembahkan -- Scrub badan bajet... !! tak perlu ke spa untuk dapat kan kulit yang bersih.. Kat rumah pon kita boleh buat sendiri.. Scrub sangat penting bukan saja untuk muka. Tp badan juga.. Fungsi scrub adalah untuk menghilangkan sel sel kulit mati, butiran butiran kecil yang terkandung dalam scrub juga bertindak membersihkan daki daki yang ada pada kulit... ( cewwwaahhh mcm mak joyah promot jamu dah aku rasa)

Scrub bajet Puteri Binari


Ini la kerjaan aku di hujung minggu.. Seminggu sekali scrub 1 badan.. Plg baik 2x seminggu.. Tapi aku malas.. Jadi seminggu sekali tu pon dah kira bagus dari tak buat langsung..=.=" ..


Setiap pagi ahad aku dah buking awal2 toilet.. Dan akulah org yang catat rekod plg terlama sekali dlm toilet.. Dok mengental satu badan sambil nyanyi2.. Ohh ya! Scrub ni ada teknik urutan tersendiri ya, bukan kita boleh main suka hati je nak menyental .. Bila teknik mengosok salah kita tidak akan dapat kulit yang kenyal dan tegang malahan semakin kendur..




Kulit cantik like a baby ~ *tanpa motif


Teknik urutan yang betul semasa proses scrub dilakukan adalah pergerakan dari atas kebawah mengikut pusingan jam dan lakukan dengan lembut tidak perlu menekan apabila menyental badan.. Dan hasilnya kita boleh lihat selepas mencuci..

  
Hmmmmm.. Dengan bau aroma bunga rose yang membuatkan kita tenang dan terasa nk mencium berkali kali je kulit tangan ni.. Sungguh menyenangkan.. Sungguh mengharumkan.. Terdapat pelbagai perisa bau yang ada dipasaran.. Boleh cuba tidak perlu lg ke spa.. Jimat duit dan masa anda. . Yeaahh!







Sunday, December 22, 2013

FamlyDay --- PD

Oohhyeaahh! Famlyday RND makang makang pulokk.. Bertempat di PD -- Tiara resort.. Apartmnt ni jauh dr pantai.. Tp bestnya ada waterpark.. Boleh mandi manda, naik gelongsor jerit2 haisshh.. Segonok..!





Tepek gamba selfie sempena ketibaan ku disini..
Org kedua last sampai.. Hekhek..







Belek2 album.. Aikk..?? Jumpa gamba ni.. Nampk rare ! Kemudian
---Upload.. *Tanpa motif







Bilik yang luas dan selesa..
Puas r malam ni golek golek..










Disebabkan sampai dah petang.. Letak je barang, salin baju terussss ke bawah.. makan dan mandi manda..









Pemandangan~









Berkelah segonok oii~











Pada mulanya mak tak kasik aku mandi.. Takut kena gatal2 kulit.. Errkk boleh pulak aku tahan tgk dorg merendam.. Pujuk punya pujuk.. last2 kasik jgk.. Apa lagi terjun...!!!













Aktiviti malam.. Makang makang

Kampung Nelayan..




Amik kau sekampung .. Haaahaaa
Tengah tunggu menu lain dihidangkan..










Ini antara seafood yang berjaya di gambakan..
Ada banyak lg.. Ikan seakap 3 rasa, kupang, sotong celop tepung..
 Apa lg ntah mmg tak sempat nak snap
Lapoo punya pasal..










Muka selepas makan with my luvly mom! Boooolaat..
Senak! Nk jalan pun berpapah. Haa --tipu.










Aktiviti esoknya mandi manda lg...
Aku tak joint mandi.. Turun bawah lex lex je dengan baju tido
Amik makanan, naik atas makan, golek2 tgk tv..
Haaaa santai!




Melepak depan TV ank beranak!









Pukul 12.00 gerak balik..
Segonok mcm ni dapat santai dihujung minggu..
Lapang fikiran / Perasaan..
Esok dah kerja! =.="









Thursday, December 19, 2013

Roti Pisang Berkeju~

Berkesempatan buat roti bakar bersama pisang dan cheese.. idea kak mina celok resepi kawan baiknya.. *kawan baik ke? * hahaa.. Lokasi "pantry ofice".. Manjadi je perangai bila nk sedapkan tekak memasing.. Terima kasih kak mina dapat gak rasa roti bakar bersama pisang dan cheese! Mcm pelik tp mmmm sedap!!






Bahan bahan yang diperlukan..
*Roti
*Cheese
*Pisang












Cara membuatnya:
Sediakan roti .. layangkan pisang ke atas permukaan roti tersebut kemudian letak chesse mengikut citarasa anda..







Kemudian!!




Bakakan dia! !!!
 Selama 5 mint sehingga kenampakan ledakan chesse dan roti sedikit gareng!











Okeh! Nampk seperti tidak menyelerakan??
Rasa dulu baru tau sedap ke tak..
Thnks kak mina. Aku tukang majukan resipi ni..
Yang sediakan bahan dan proses membuatnya -- kak mina
Aku? Makan!




Monday, December 16, 2013

Wedd kazen~

Cerita semalam--- ke bangi untuk sama sama memeriahkan lagi majlis perkawinan kazen kami.. Jauh berjalan alhamdullilah majlis selesai dengan meriahnya..



Tetamu VIP ..
Laapau sebab kena tunggu makan sama sama dengan pengantin..







Antara lauk pauk yang dihidangkan..
yang tengah tu lauk ikan talang masak lemak nenas.











Kebetulan-- Nak cerita hal ikan talang masak lemak nenas..

Semasa tengah tunggu makanan dihidangkan.. Mak uda ( mak sedara) datang kt meja kami.. "Eh korang sume keluarga jaafar jangan makan lauk ikan masak lemak nenas tu ok!" Kami terpingga2, " eh kenapa? " sebab lauk tu ikan talang.. " mana mak uda tau tu ikan talang?" " mak uda tanya la tu ikan apa.." Kita alah dengan 3 makanan. Salah satunya "ikan talang" * angguk2 kepala* (tanda faham)


Dikatakan fstime jgk aku tgk ikan talang macam mana rupanya.. Haisshh masih berdesing lg telingga ni bila mak selalu igtkan 3 perkara yang kami adik beradik tak boleh makan..

1. Ikan talang
2. Kerbau balau
3. Pisang raja udang


3 perkara ni keturunan belah mak tak boleh makan.. Susah kalau ikut logik kami nk percaya.. Tapi bila dah terjadi dekat mak sendiri baru la kami percaya adik beradik.. Lebih mengukuhkan percayaan ini bila nenek sendiri bukak mulut.. Kami akur.. Ikotkan je mungkin ada benarnya .


Masa sekolah dulu tertanya2 kenapa kami je yang tak boleh makan.. Tak mcm org lain.. Baru la nenek bukak cerita.. Rupanya nenek kami darah keturunan raja bugis ada sumpahan nenek moyang dulu dulu.. Nenek igtkan sumpahan tu takde lg.. Tp bila mak sendiri kena penyakit tu.. ( tidak perlu di nyatakan sakit apa) Nenek terus igtkan cucu cicit dia supaya lebih berhati2.. Secara logiknya mmg susah nak diterima akal.. Rasanya dah mcm cite lagenda dulu dulu ada sumpahan sumpahan ni.. bila nenek dah ingatkan kami turut..










Tapi bila difikir fikirkan.. Keturunan biasanya belah atok jaafar.. Maknanya lelaki yang membawa keturunan bukan perempuan.. Eh pening la.. Mungkin sumpahan tu lg kuat dari keturunan india pakistan kot (belah atok) Hahaa.. Mungkin jgk sebab darah kami yang membuatkan 3 makanan ni tak boleh dimakan.. Lagi terbaka hati bila ayah ngalan.. "Mmm.. Sedapnya ikan talang ni.. Ruginya tak boleh makan" * sambil tunjuk tunjuk* grrrr..=.="


Sukar untuk dipercaya tapi kami sebagai cucu nenek kena terima.. Lebih berhati2 bab2 ikan dan daging.. Sampai bila nk berpantang pun tak tau.. Skng ni en azrin dah sedia maklum.. Mula2 dia fikir aku bohong dia.. Terus kol mak. Haa br percaya.. Bila nk makan siap pesan " jgn makan sebarang ikan" =.=" hmm..




Pape pon taniah kak raihan dan husbnd moga kekal ke jannah~





















With my kazen "atiqa" oi pipi sebakul =.="






Myra (kazen) super cumel!!












P/s : jika rasa meluat or geli jangan view..
Jadi pandai sikit Tak suka jangan tgk..
Blog ini tidak layak dibaca org seperti kau...



Friday, December 13, 2013

..........

Menfitnah itu lg dasyat dr membunuh..

Hukuman dunia membunuh ke tali gantung..

Hukuman menfitnah di akhirat?

 

 

Sebelum kita buat andaian ..

Renungkan...

Renungkan sedalam dalamnya..

Adakah aku tuhan?

Melihat org segala dalam isi hati nya?

Isi hatinya siapa saja maha tahu?

 

 

Jangan buat andaian seperti kau tuhan..

Meletakan kata kata hanya di hujung dibibir..

Gunakan sebaik akal fikiran yang dikurniakan..

 

 

Orang yang pemaaf akan sentiasa memaafkan..

Bayangkan org y "kau tunggu aku kt akhirat nnt"

Satu kaki dah jejak kt syurga 

tp kaki kiri ko masih menunggu org untuk memaafkan..

 

 

Berdosa dengan tuhan senang di ampunkan..

Berdosa dengan manusia?

Renungkan!



Terima kasih andaikan aku seperti itu..

Aku dah jelek jumpa orang seperti ini.. 

Masih mood -- Bersangka baik.


 

Thursday, December 12, 2013

Be +

Bersangka baik sesama manusia.. Itu mmg dah diterapkan oleh mak ayah sejak kita kecik lg.. Dalam apa bentuk sekali pun dari segi perlakuan, percakapan.. engkau kne positif dlu, baru hati tak berapi, --tak memasal org yang tak bersalah kau maki hamun.. Cakap tak berlandaskan bukti yang kukuh, dosa kering kau dapat..



Perkara seumpana ini akan berlaku di mana mana tak kenal siapa mangsanya.. Pada aku ini perkara biasa.. Dah lali dah, merata rata orang mcm ni ada kt malaysia.. fikiran negatif manjang.. Tak guna akal fikiran yang waras bila bertindak.. Parahhh..makin teruk, dan ada sebilanganya percaya 100% apa yang di sampaikan.. --- sebaliknya takde pon apa yang dia percaya tu berlaku, itu dipanggil " fitnah"



Terbaru ------- status FB.. Tangan aku gatal dok menaip perkara yang dah tentu tentu akan mencetuskan perasaan yang kurang menyenangkan dan mereka mula terasa hati dengan apa yang  aku sampaikan.. -- silap aku


Kita nie manusia biasa, aku mudah semak dengan benda yang sama.. Tak tau la org lain .. -- aku jarang on FB.. Biasanya online nk tgk perkembangan dunia semasa.. (aku like page yang banyak memaparkan isu semasa baik dlm malaysia mahupun luar nagara..) --- mmg jenis yang malas nak selak surat kabar.

Dan bila aku on FB benda yang sama berulang kali keluar dekat wall aku.. Kerap kali, asal online je status dia. Asal online je status dia.. Satu kerja pulak nk kne roll ke bawah.. Penat. Letih benda yang sama setiap kali on FB... Yela.. Aku takde hak nak mempertikaikan apa yang kau nak post.. Bil tenet , lektrik bukan aku yang bayar.. --- mmg... tapi semak la.. Tak pernah terfikir ke setiap status yang ko post tu akan ke wall org lain? Tak ke tu menganggu? --- yela aku takde hak nk mempertikalkan tu facebook ko suka hati la kan..


Seperti sedia maklum, orang tak akan pernah faham kita, melainkan diri kita sendiri.. Bila kita buat ini, kita cakap tu mereka akan sangka lain.. "sikap yang tak pernah ada" --- bersangka baik. Di katakan kita ni dengki dengan kebahagiaannya .. Iri hati dengan ke ada adaan dia.. Tolonglah.. Kita ni tak suka terus block.. -- jangan pertikaikan.. Bukan sebab dengki apatah lg nk iri hati.. Kalu rasa menyesal kenal dengan kita pon tak kesah.. Tp tlg jangan ada adakan cerita yang tak sedap di dengar.. -- pantang aku.


Tak pe lah.. Bersangka baik jela.. Sejak kebelakangan azrin selalu tegur sikap yang ada pada diri aku.. I'm not a perfct person.. "Kamu plz la kurangkan sikap suka melenting tu nnt org benci" "kamu kurangkan perasaan negatif terhadap org.. Bersangka baik tu jadikan amalan" " kamu jangan taman sifat benci pada org.. Maafkan semua org sebelom tidur" hari hari.. Dah jadi makanan harian.. Perkara yang sama di ingatkan berulang kali.. Tak bosan tu nasihat yang berguna aku simpan dalam hati sampai bila2..






Aku mmg suka selitkan gamba dalam setiap penulisan..
Walaupon takde kene mengena dengan hal yang diperkatakan.. --  sila bersangka baik oke!















Friday, December 6, 2013

Thursday, December 5, 2013

Renungkan~



kecoh berita pencuri tabung masjid dibelasah sampai tercabut nyawa. macam2 jenis komen yang pada niat asalnya mendukung "siapa kita untuk menghukum pencuri itu?" dan "hanya tuhan layak, dan bukan kita" tersasar menjadi kenduri mengumpat dan mengutuk di ruangan komen.


itu memang pesen kita.


anak kena dera di taska:
"memang anjinglah siapa yang buat anak dia macam tu"
"kalau dapat ke aku akak taska ni, memang aku cili (isi jenis alat kemaluan di sini)"
"perangai macam "isi jenis alat kemaluan di sini), memang ahli neraka la kau".


peragut kemalangan ketika meragut:
"pada muka. hambik kau. patutnya kepala pecah bersepai baru puas hati aku"
"aku bukan nak kata apa la. tapi kalau jatuh depan aku, memang aku sambung pijak je?
"(is
i jenis alat kemaluan di sini) punya peragut. tuari makcik aku pun kena. dengan orang macam ni la ni".


kita marah lelaki2 yang membunuh pencuri tadi.
walau tanpa niat (insyaAllah harapnya memang tak ada niatlah mereka mencabut nyawa pencuri itu), kita begitu marah dengan semua yang terlibat.


kita perli / keji / maki / kecewa dengan lelaki2 yang bertindak bagai tuhan itu.
kita buktikan dengan segala jenis bahasa di komen2 dan mana2 ruang yang terwujudkan.


kita bebel:
"kau bukan tuhan".


sekarang,
dengan serendah2 diri aku minta izin--
untuk pegang tangan kalian--
dan bawa ke depan cermin.


tengok muka kita yang terbiaskan.
mulut kita.
jari2 kita.


ya. kita bukan lelaki2 tadi yang membunuh sang pencuri.
tapi tulisan2 kita?
kata2 cerca kita?
prejudis kita?


walau tidak ada yang mati jasadnya--
tanyalah:
"sudah berapa banyak jiwa yang mati kerana kita?".


pandang cermin dalam2.
tanya:
"apakah aku tuhan?"


alfitnatu--
ashaddu-
minal qatt.


fitnah itu--
lebih dahsyat--
dari membunuh.





sumber : FynnJamal




Monday, December 2, 2013

Masker ~

Sejak 2 thn, ni la perkejaan aku.. Merajinkan diri masker kulit wajah.. Eh masker ni tak terdapat kt mana mana mall mahupon kedai jamu makjah .. Masker Buatan sendiri ni.. Wajib 2 kali seminggu tapek kt kulit muka.. Kasik nur bila bangun pagi.. Hahahaa.. Andunan yang terdapat pada masker ni terdiri daripada ESP + Yogurt + VitE.

Kalu nak tahu banyak khasiat yang terdapat pada setiap bahan tersebut..

ESP berfungsi sebagai menganjalkan kulit wajah, selain tu memudarkan parut jerawat dan jeragat.. Juga Bertindak mencerahkan kulit wajah..

Vitamin E bertindak sebagai menghilangkan cela cela di muka.. Meratakan tone kulit wajah.. Melembab serta mengembalikan wajah awet muda kalian.. Yey yey!

Yogurt seperti sedia maklum meghaluskan dan melembutkan kulit wajah..

Nah! 3 dalam 1 .. Sejak2 ni je aku rajin nk tepek2. Kebiasaan bila stress muka naik jerawat.. Baru la terhegeh2 nk masker muka kalu tak tidur malam pon tak cuci muka.. Punyalah malas sampai tahap tau nak cakap dah..




ESP + yogurt + VitE



-
-
-
-
-
-


Muka semasa dimasker dan selepas .. Bila pegang pipi rasa mcm pegang pipi baby la.. Hahaa., oke dah lebih dah tu.. Cukup. Tak tak. Aku rasa lebih segar dari sebelumnya.. =.="






Sunday, December 1, 2013

Nasi ayam penyet.

Semalam shoping dengan mak. Abis shoping bawak mak makan kt ayam penyet tersedap penah aku rasa setakat nie. Area mitc. Tu tekak aku rasa sedap.. Tanya mak sedap tak mak? Mak cakap "sedap! Nasi nampk sikit ngah tp bila makan kenyang" wajib mintak extra sambal.. Bagus abg tu tak kedekut semangkuk penuh dia bagi, mcm perli aku pon ada jgk..

Abis makan baru teringat encik tunang ada bg resepi melalui email kt aku.. Dah lama dah dia bg sejak aku mengila ayam penyet. Bila aku cakap aku suka mkn ayam penyet terus carik resepi suruh aku buat sendiri.. Haha. Langsung tak endahkan terperuk mcm tu jela resepi ni. Haisshh.. Sory en tunang bukan tak nk try resepi y u bagi ni. Tp mcm "takde masa je " macam "malas je" macam... "malas je" hahaaa..

Ohh.. Ye! Resepi ni sama je mcm resepi masa en tunang kerja kt kedai mkn ayam penyet dlu (masa tga syok partime kumpul duit kawen punya hal). Siap mintak kt makcik tu.. Thnks en tunang..! Minggu depan dtg mlk sy buatkan ( ya allah berangan mcm sempat pulak nk masak) harharhaaa.. Meh la kongsi sesama resepi ni..


Sumber : Nasi Ayam Penyet Mitc







Resepi Ayam Penyet
Untuk Ayam
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)
Bahan2 utk dikisar:
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk sambal
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Tempe dan Tahu Goreng-
2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.
Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.
Cara hidangan
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.




Selamat mencuba!!!

Thursday, November 28, 2013

Makluk belaan~

Hari ni teringin pulak nk cerita pasal haiwan belaan. Stop kejab bercerita pasal dunia manusia yang penuh dengan pancaroba ni.. marilah sama sama kita selami dan hayati dunia haiwan .. Haiwan pun macam kita jgk ada kesah suka dan duka.. Asal benda hidup..



Ini comot.. Satu satunya makhluk belaan kesayang keluarga pakya.. Sekarang dah besar.. Friskies makanan febret comot.. Lain brand tak dilayan.. Apatah lg makanan yang beli dlm peket timbang.. Sanggup menahan lapar .. Mengada sangat!










Ini keluarga kecil comot.. Hidup 4 beradik..( Comot yang plg besar sebelah kakaknya clor hitam kelabu).. Ayhnya sejak lahir tak knl rupa.. Hilang ntah kemana. Hahaa..







Throwback

Comot hidup 4 beradik.. Dan comot jgk mempunyai kakak dan abg tiri hasil dari hubungan tak sama bapak.. (Mak comot plygirl).. Tapi hidup tak selalu nya indah... Mak comot dan adik beradik comot buat hal.. Lalu Di tangkap lalu dibuang! comot yang cerdik sempat memboloskan dirinya.. Sejak itu comot menangis siang dan malam mencari emaknya dan adik beradik yang lain..

Comot keseorangan.. Tak terurus.. Kurus dan comot..





Tapi comot bernasib baik dia masih punya kakak dan abg tiri.. malang sekali abg dan kakak tiri menjauhkan diri dan cakar bila comot mendekati.. Comot sedih.. Keseorangan.. Comot tak putus asa Mahu jg bergurau dengan kakak dan abgnya.. Beberapa minggu kemudian abg dan kakak comot dapat menerima comot.. Comot sangat happy!! Tidak lama lepas tu abg dan kakak tiri comot buat hal!


Lalu dibuang..

Hidup comot keseorangan... Menangis memanggil abg dan kakaknya.. Comot tidak lalu makan.. Tidak aktif seperti dlu.. Makin kurus.. Lama kelamaan comot dpt menerima kenyataan..

Dan sekarang ni..


Rumah ni dah lama takde budak kecik.. Tp cukup comot sekor dah boleh buat rumah jadi huru hara.. Penyebuk no 1. Nk buat kerja kne tunggu dia tidoo.. Hadoii..



Makin gemok.. Sangat aktif, dah bujang tp sedikit pondan.. Sombong taknk kua rumah .. taknk bersosial.. Eh makan sangat memlilih.. Tido beralas.. Semakin mengada ngada.. Dan menjadi haiwan peliharaan yang sgt disayangi oleh famly pakya!


Wednesday, November 27, 2013

Wow~


Ketingalannya aku dalam arus pemodenan mematangkan dan membuat aku turut serta.. Maksud aku, dari segi teknologi.. Cewah ayat!.. Errkk bab2 teknologi ni mmg aku slow sikit.. Lagi nk explore itu ini.. Tak kuasee aku.. Selalunya org yang tukang explore kan untuk aku.. Terang kan satu persatu lepas tu baru aku berminat..


Tapi kadang kala apa yang aku nak tak sama apa yang dorg ada.. Terbaru aku tanya kawan2 "weh korang ada lagi best tak app selain bloger yang memudahkan aku create blog guna ipad? Leceh la guna bloger tu tak boleh centre ayat tak boleh colorkan perkataan, tak boleh nk blod, underline eh byk lg la.. Tak macam create kt lappy" dorang jawab "cuba ko tanya imac centre aku rasa dia tau kot masalah ko ni" errrkkk.. Frust! Dorang tak tau pon..


Jadinya terpaksa explore sendiri, carik kt app store jumpa blogsy.. Tapi tak tau apa function dia.. Jalan mudah aku google.. Siap tgk video lg.. Dari setting sampai cara nak upload pic video publish kt blog sume aku tgk, makan masa jgk la nk faham.. Apa yang aku nak ada kt blogsy ni.. Yeaahh! Segera aku dowlod!






Sedia maklumlah app apple kebanyakan berbayar ( ni y aku malas) k
Jom la kita shoping disini~











Eh jab sebelum tu aku nk tunjukan perbezaan antara bloger free dan blogsy berbayar










Ni lah bloger yang selalu aku gunakan.. Simple sgt.. Boleh up picture, mengayat.. Kalu nk centre ayat, blod sume tu kne edit balik pakai lappy.. Bosan!














Nah! Ini en blogsy yang telah memudahkan kerja kerja menaip saya!



Jika lihat atas header tu ada format sama seperti microsoft word kan? Yeah! Ni la yang aku carik! Apa nak suma ada.. Dah tak perlu sgt perkhidmatan en vioa.. Hahah berlagak! Kalu perasan kat bawak tu ada tagline " posted with blogsy mini ipad" tagline tu akan wujud bila pakai perkhidmatan blogsy sahaja..



Terima kasih tak terhingga la en blogsy kerna dah menyenangkan kerja sy menaip naip ni.. Tak perlu lg nk edit guna lappy.. Terus publish je kt sini.. Eh eh aku tau aku bukan org yang pertama guna app ni.. Mungkin org plg last yang tahu.. Hahaha oke bye!!