disable right click

like comel

moving tab

Saturday, March 29, 2014

Pelamin ~

Hai~
Entry berturut turut -- minggu bersenang senang.. -- rasa bujang sekejab disebabkan en huby tak balik melaka. -- dah start traning. dan happy bila bos dia kasik chan rasa nikmat rumah tangga. hujung tahun baru fly. hooyeaahh.. * senyum lebau


#throwback.

Kesah pelamin -- perkara yang agak penting jugak selain dari makeup dan busana pengantin.. perkara ni dah plan awal2 lagi nak rupa bentuk, tema, bunga semua mengikut citarasa sendiri. dan dapat macam mana yang dihajatkan walaupon lari sikit dari konsep yang sebenar.. apa yang penting cantik mata tengok -- ok dah.





Pelamin Nikah

Pelamin Nikah
* pink | cream











hasilnya.. sangat berpuas hati ^__^









Pelamin Bersanding








Amik kau.. -- Kuning! hahaaa.. ok simple betul2 ikut sedap mata mandang~





Bila belek2 balik pic nikah | sanding rasa seronok.. rasa nak sanding lg, ^__^ hehee.. 
Thnks kak Eza n the team . superd. dan berpuas hati dengan hasil tangan akk sendiri .








Friday, March 28, 2014

HandMade -- Baju Nikah & Vail

#Throwback

Kesibukan masa yang panjang selepas bergelar "isteri Orang" baru harini berkesempatan mengupdate blog.. dengan keadaan kesihatan yang baru baik dari deman.. -- takpe dugaan kecil. ringkasnya. Baju Nikah yang pada mulanya tampak kosong kita renovate sikit kasik naik seri.. Warna pilihan hati macam biasa "BABY PINK" ini color yang memang dah sedia ada dalam kotak fikiran. hehehee.



Bahan bahan yang diperlukan untuk menghiasai baju nikah & Vail
* pearl - Baby pink, dark pink, cream.
* manik2 kecil
* Bunga 3D
* Diamond







selepas diubah suai -- hasilnya..
sarat dengan pearl pink.. oke nmpk la mcm baju nikah ^__^
bersengkang mata nak menyudah jahit manik ni.. tu la sume kerja lastmin.
nasib siap =_="








lebihan kain baju nikah tadi kita jadikan vail pulak..
ni pon sume last min. esok tengahari nak nikah pon sibuk menjahit lg..
stress tak boleh nak bayangkan dengan hanya menaip =_="







Hasilnya.. boleh lahh.. asal kat tengah2 ada pink2 sikit. yang keliling tak sempat nak jahit.. dah sibuk dengan benda lain pulak =_="




  
Muka nebes semasa upacara akad nikah berlangsung..
Alhamdullilah.. dengan sekali lafaz saya sah menjadi isteri kepada Mohd Nor Azrin Bin Abdul Razak .






me n baby zara ^__^



Dan
Terima kasih tak terhingga juga kepada tailor saya dan juga kawan baik saya miz'ila kerana bertungkus lumus menyiapkan baju nikah sy di saat2 akhir.. Dia juga yang menjahit baju tunang saya.. Thnkssss so much buddy! * mata berair | Terharu.. :') 




sambungan...






Tuesday, March 18, 2014

Borang Nikah~

Borang nikah ni patutnya dah settle awal2, tapi aku last min baru settle. agak rumit prosuder bila berkawen dengan orang luar dari melaka. nak pulak orang johor.. Hahaha.. Tapi alhamdullilah akhirnya settle jgk. Bukan senang nk senang oii.. Kawen pon nk ikot step by step. Hadap jela.. Nak kawen kan.. -_-"

 

Borang nikah pihak lelaki ( johor) .

Oke nak cerita sikit pengalaman budak johor settlekan borang nikah dia, agak kelam kabut tambah serabut nampaknya dia ni. Orang johor nak nikah prosuder dia agak rumit sedikit berbanding dengan negeri melaka.

- mulanya.. Isi Online borang NCR. Johor maju . Pendaftaran guna online. Isi segala butiran peribadi dekat situ. Kemudian print. Pendaftaran mengikut tempat kelahiran.

Borang perlu lengkap dengan disertakan

- IC pemohon ( 2 salinan)

- IC pasangan ( 2 salinan)

- Surat pengesahan akuan bujang ( 1 salinan)

- Pengesah ujian HIV ( 1 salinan)

- Sijil pra perkahwinan ( 1 salinan)

 

 

Apabila lengkap kesemua borang tersebut.. Barulah ke pejabat agama kota tinggi. Budak ni belum apa apa. Dan lupa paswrd NCR tersebut.. Puas kodek2 tak berjaya. Jadinya org pejabat agama kota tinggi suruh dia balik je buat kt kulai dekat sikit.. Hmmm.. - tertangguh.



 

 

Isi borang secara menual.

Esoknya. Pergi pejabat agama kulai amik borang menual je senang. -- balik isi. Surat akuan bujang dari kota tinggi dah tak laku. Jadi kena mintak surat akuan bujang daerah kulai. Setiap borang yang diisi nk di sertakan saksi. Dan diserta lampiran salinan tersebut. Oleh sebab bernikah dengan orang luar. Borang kebenaran nikah luar negeri johor kena isi dan lampirkan bersama sama salinan td.

 

Interview

Esoknya pergi balik pejabat agama kulai.. Sebelum dicop pengesahan. Pemohon wajib disoal perkara asas agama. Eh tak lulus kne interview lg.. Lagi lagi dan lagi sampai lulus. Nasib baik lah en tunang lepas dlm intervw tersebut. 10 soalan asas yang di soal.


1. Apa maksud Bismillah

2. Mengucap 2 kali Syahadah dan maknanya

3. Doa qunut dan makna nya ( kantoi makna tak hafal)

4. Tahiyat akhir

5. Niat solat subuh, magrib isyak

6. Apa itu rukun islam

7. Rukun imam

8. Berapa kategori najis yang ada

9. senaraikan 5 tanggungjawab suami

- nafkah zahir batin, membimbing isteri ke jalan yang benar, mendidik anak dan isteri. ( lagi 2 tak dpt jwb lupa katanya)

10. Baca niat mandi wajib.

 

Fuhhh.. Kalu aku la yang kena soal mau demam. Hahaa.. Kantoi sikit je jadi di maafkan dengan syarat en tunang kena beli buku "tanggungjawab suami" hekhek.. Bagus jgk jabatan agama buat mcm tu.. Sekurangnya kita dalam keadaan bersedia.

Selepas lulus interviw. Barulah proses "pengesahan" segala ibu bapak borang yang dah disertakan untuk dicop oleh jabatan agama. Oke settle belah lelaki.

 

Borang Nikah pihak perempuan (melaka)


Bila dah settle belah laki tiba giliran pihak perempuan pulak settle segala maklumat berkenaan dengan borang nikah. Borang nikah di ambil mengikut daerah masing2.

 

Borang lengkap disertakan dengan

1. IC pemohon ( 2 salinan )

2. IC pasangan ( 2 salinan)

3. Surat beranak (2 salinan copy)

4. Sijil nikah ibu bapa ( 2 salinan)

5. Surat akuan bujang ( 1 salinan)

6. Surat pengesahan HIV ( 1 salinan)

7. Sijil pra perkahwinan ( 1 salinan)


Dah Settle lengkapkan borang laki dan perempuan kami pergi jumpa imam kampung untuk semak dan cop pengesahan borang belah perempuan. Borak2 kosong pastu en tunang tanya imam " imam saya nak tanya la kalau dekat johor imam sana akan soal sebelum nak nikah, dekat melaka sama tak imam? ( ish2 sopan betul dia ni, haha.. Taktik sebenarnya nk tau apa soklan yang akan di soal) " ohh.. Yeye mmg ada. Sebelum nikah kita kne sucikan hati. Jadi kena soal, soal pon perkara asas je. Mengucap, al- fatihah, istifar. Bapaknya pon kne soal jgk. Nnt ingatkan ayah ye." Lepas imam ckp mcm tu baru la aku nampk muka en tunang hidup. Kalau tadi pucat lesi macam tak cukup darah. Hahaha


Langkah seterusnya keesokan harinya aku sendiri hantar borang nikah yang dah lengkap ke pejabat agama jasin. Dan dikenakan Rm 10.00 untuk next borang. Proses 3 hari. Dapat je borang terakhir tu terus bagi imam. Borang tersebut kena isi dan sign masa nikah. Oke settle. Lengguh jari jemari menaip laju laju -- sambung jahit manik. Ceritanya selagi tak kawen -__-"

 

 

 

 

 

 

 

 

Sunday, March 9, 2014

Doorgift Tetamu

Pejam celik pejam celik kejab betul masa berlalu.. rasanya mcm baru semalam bertunang.. hekehek.. bila chek list banyak perkara yang belum settle lg.. *Pitam. ingatkan harini boleh settle jahit baju nikah.. rupanya tak jgk. kena kerah beli barang untuk doorgift.. huwaahhh... sepanjang jalan pike baju yang nk kena sudah jahit manik. dengan tak beli lagi kain nk buat tudung dan vail *pengsan. ehhh.. tawakal jela. -__-" tulaaa akibatnya sume benda nk rasa air tangan sendiri yang buat. kan dah tak menang tangan. -- padan muka.



harini baru nak settlekan doorgift untuk para tetamu. nasib doorgift untuk vip tak byk sgt. so mlm sabtu tu boleh dera dorg ramai2 settlekan cpt sikit siap. hekehek. paling simple -- guna kotak. tp agk leceh bila nk melipat kotak satu persatu dan mengunakan ruang yang byk untuk simpan kotak tersebut. takpelahh janji ada buah tangan untuk tetamu walaupon nampak tak seberapa.




ada teknik lipatannya untuk menjadi sebuah kotak =.="









Oleh sebab kekurangan tenaga melipat kotak.. terpaksa la mengunakan tenaga kanak kanak.. nasib la budak ni rajin.. sgt terkesan dihati ini . -- mekasih mucuk mucuk kakngah.. nnt upah gula gula k.










hasilnyaa... yey..!






dan ini hasil shoping pagi tadi.. berbaloi cekop yang murah2 je dan bagus masih dlm bajet.


habiss borong.. sampai kena tegur.. " ini beli banyak2 ni nak berniaga ke?" " ehh bukan makcik sy nk buat kerja kawen ni " "ohhh patutlah sampai dua troli, muat ke kereta ni?" " tak muat makcik esok sambung shoping lg". " ohhh " --__--"







Thursday, March 6, 2014

Bussyy.. =.="


Kesempitan masa yang aku rasa sekarang ini ~

Tak dan nak belek FB. Sentuh ipad pon dah jarang. Balik kerja terus capai baju nikah.. -- jahit manik. Bila dah datang syokk.. Rasa kejab betul masa berlalu.

Malam meluangkan masa bergayut.. -- Dari pukul 9.00 pm smpai la lelap mata. Tiap2 malam.. Mmg tak sentuh jarum langsung la.. Terbiar sampai esok pagi.. Tak sampai hati nk ckp " b.. Bby busy ni lps kawen la gayut" hahaa Kang ckp busy -- kata tak syg =.=" hmmmm..


Pergi kerja dah simpan niat, lunch tak nk kua. Dok office jahit manik.. berjuang habis habisan walaupon hanya 1 jam kesempatan yang ada. Takpe teruskan.







*tiba tiba..* my new toys! Akhirnya engkau jadi milikku jua.. Hii ipad mini keyboard berjasa la engkau.. ( sudah rasmikan sejak beberapa bulan yang lalu tu y hari2 ada je entry baru)  Thnks en. Tunang!






Aku berkesempatan menaip ni disebabkan hari jumaat.. Rehat dari pukul 12.15 pm sampai 2.45 pm. Jadi taip laju laju dan publish. Pasni sambung menjahit.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-









Okeh sambung jahitt..