disable right click

like comel

moving tab

Friday, January 27, 2012

Jom Kongsi Bersama ~


Wahai wanita..

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela.

Jadi, antara ciri~ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.

Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.



2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.



3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.



4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.

Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.



5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.



6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.



7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya.

Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.



8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka.

Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.



9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita ‘sejuk mata memandang’ seperti di bawa ini:


.:: – Bersopan satun


.:: – Sentiasa memaniskan wajah


.:: – Sentiasa memberikan senyuman ikhlas


.:: – Menutup aurat


.:: – Ramah dan mesra


.:: – Tidak terlalu cemburu


.:: – Menghormati orang lain
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki..

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini.

Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.


Sepertimana Dr. Fadillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.


“Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama.


Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta.


Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri..”


think! think! +_+

I will try da The Best!
Insyallah~




Thursday, January 26, 2012

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



Kembangkan hidung dan ketap bibir.. ya!
Aku Insan yang serba kekurangan~


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.





 

Yang paling penting usaha dan berserah..
kalu jodoh xkemana kan??
^___^


Apa yang ade skng nie aku akn cuba pertahankan.. !!~
dan jage hubungan yang ade dengan sebaik yang mungkin.. lebih dari tu aku berserah..
Allah Maha Mengetahui setiap yang Berlaku..






Thursday, January 12, 2012

Aku tidak pernah memilihmu Untuk ku.. Tapi Allah memilihmu untuk Ku..

 
Terpancar keceriaan diwajah ini kan !~




•❤•Aku tidak pernah mengharap mencintaimu, tapi ALLAH telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu...


•❤•Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu, tapi Allah yg telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu......


•❤•Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu...Tapi ALLAH yg telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu....


•❤•Itulah aku adanya..
Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri....
Kerana sang Pemilikku yg telah mengaturku dan menentukan bagaimanaku dan apa yang kurasakn di saat ini...




sejak sejak nie aku menjiwang seyh! layan perasaan ja.. haha!~ layan jela.. hati tengah bunga bungaan nie.. xpe bukan selalu.. peace yawww!~








Sunday, January 8, 2012

Famly day R&DCIC 2012 part II




Keesokan harinya 08.01.12 kami bersiap2 gerak pergi sarapan.. kemudiannya kami konvoi ramai2 ke Afamosa Water World.. best!~ terase keseronokkan bile da ramai2 nie..





Sarapan time~ amik kau sekali 4 meja gabung~










Kami konvoi ke Afamosa Water World~









yeaahhh!~ suda smpai!~










Ke tiket pembayaran~












Kita bergamba dulu sebelom mandi manda~








Laluan masuk ke water wold~ 










Pandangan dari sudut belakang~
hahaha~ masing2..










wow~ bestt!~  ni trus terjun je xtunggu dah.. huhuhu..










Time nk gerak balik! yeaahh!~












opss!~ gamba yang tlarang nie.!~ time nie gamba dilarang snap. kecuali camera water world.
aku men langga je.. nasib la.. pedulik hape.!~ huhu..
tgk la candid pic~ masing2 xready lg..






hari keluarga yang menyeronok kan!~
pasni kite jln jauh ckit.. huu.. 




Famly day R&DCIC 2012




Hasil perbincangan dan persetujuan semua staff R&D.. famlyday  yang  julung2  kalinya diadakan pada 7.01.11 sabtu, bertempat  di Pangkalan Balak.. aktiviti petang dibatalkan.. so kami buat aktiviti bebas.!~ pada malamnya pula kami adakan makan malam dan cabutan bertuah serta sambutan harijadi semua staff  dan CEO kami turut hadir pada malam tersebut..  sangat meriah!






Baju seragam kami !~
Famly Day 
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan R&DCIC
Jabatan Ketua Menteri Melaka.
halamak baju same merah ngn Reunion SMKSB Haritu.. +_+



Gamba2 di bawah sudah mengambakan betapa Happynya kami dapat berkumpul ramai2..
walaupun sambut sekitar melaka je.. tp bila da ramai2 rase seronok pulak..








with my lil sista.. mak xdapat joint sama.. hanya kami  berdua saja..











Masa utk berBBQ~ 













Otak2 nie sedap la.. amik 1 nk lagi dan lagi..!~ huhuhu













Pesta makan! gler banyak juadah! rambang mata xtau nk sumbat yang
mana satu.. hehee..















 

Time Utk MAKAN!~  nyum! nyum!














kiri kanan aku.. org kuat mkn!~ xde mereka.. alamatnya basi la makanan2 itu..











wow! satay , ikan baka, nasi lemak, otak2. Lengkap!~













Cabutan bertuah~ with CEO yang spoting glerr~












Besaq woo hamper~ ^___^













potong kek sempena harijadi taun lepas..sebelah my boss Datuk baka n wife die.. kami sambut ramai2.. mariah sgt lahai~











kakitangan R&DCIC
Merah merah!~ sgt meriah!~











airess y cumel!~








Airess n Dawish.. 









Kami ~






Malam tu kami lepak sampai pagi~ best wo!~ borak2..
sambil mkn kuaci 2 pek besau..
huhu..



Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru & Reunion SMKSB ’04 2012


Permulaan kate.. selamat menyambut tahun baru..!!! good bye 2011 sey Hai 2012.. alhamdullah masih bernyawa sehingga kini.. yeeahh!~  Tahun baru azam pun baru..  niat baru.. langkah baru.. baju baru, kasut baru, handfone baru,  kereta masih lama.. hihihi.. byk benda yang aku nk inspirasikan dalam hidup ini.~  step by step derr. masih jauh lg kehidupan yang perlu aku lalui.. semoga di permudahankan  hendaknya..




Sambutan Tahun Baru kali ini sgt bermakna sekali.. kami adakan Reunion seperti tahun lepas..  kumpul ramai- ramai, BerBBQ, makan2,  adakan Game, borak borak smbil mengimbau zaman persekolahan.. sgt sgt meriah walaupon sambutan tanpa pancutan bunga api~


Seperti biasa.. kawan2 aku y da kwen .. tiap tiap tahun makin bertambah ahli keluarga.. huhu.. aku? Aku seperti ini juga.. seperti tahun tahun lepas.. huhu.. bila? Bia masa yang menentukan insyallah.. ok STOP!  Reunion kali ini diadakan di Saujana Asahan.. disebabkan dekat dengan rumah masing2 so sume dapat joint sekali.~  Meriah tak terkata kata !





Untuk Santapan Umum~



Tema baju untuk Tahun nie MERAH.. Jenis Kain Jersi. sgt selesa..!~
Design yang simple mengikut kematangan Umur dari tahun ke tahun hihiii..







Persiapan Untuk BerBBQ.. kaum adam Konker bab2 baka membaka nie..








Kaum Hawa pule tang tung kat dapo.. goreng2 rebus2 untuk makan malam 
nanti~







Aku tukang lawat kawasan.. hahaha..









Nyum2! sedapnya weehh!~ terbayang2 smpai sekarang..










Tunggu kehadiran yang lain~









My Bestfren!~ luv u ~











Keesokan Harinyaa.....

9.00 am : Bersiap siap
9:30 am : Sarapan
10:00 am : Aktiviti Jangle Traking..






Lokasi : Bilik Tidur..
mood : baru lepas mand
Aktiviti : Sebelom menempuh maut.. mari kite bergamba~









Pemandangan yang indah di Saujana Asahan..









Belakang tu gunung Ledang .. tp xnmpak pule.. 









Sedikit penerangan berkenaan dengan aktiviti yang akan dilakukan..
masing2 fokus.. mau tidak.. silap langkah mati katak derr












hambik kau sorg2 muke seriusnyerrr.. hahahaha











Muatan terberat sekali.. nasib bek aku dulu sebelum budak nie..
fuhhhhhhhh~ tinggi beb! gayat aku.. da stanby. cume nk gelunsur je.. 
ttbe aku mengigil mtk diturunkan.. nasib aku malang.. pkcik tu men tolak je..
gler! belom sedia lg.. ape bley buat melaung sekuat hati ler.. +_+
turun kene gelak! huh~













Merdeka! riak muke menarik nafas Lega!~
Sekali seumur hidup je aku naik.. xmo da aku relakan diri untuk kali kedua..~










 Ok diera da bley la bukak segala kelengkapan ala2.. kontraktor tu..
cukup 1 permainan je aku joint! mabuk haku!









Wow! tinggi nie beb.. xyakin aku ngn tali yang satu bley bwk ko y brt turun ke bawah..
aku xnaik! sbb aku xpernah g PLKN so aku xde keberanian
nk wat aksi2 berani mcm nie. hihiii..









Ni sume mak mak org.. bapak bapak org..
ape pon korang spoting larrhh!








hah! yang ni aku brani naik! huhu.. 
hayun kuat pon xpe.. aku stedy je..









Ksian mak buyung nie.. xdapat joint sama..
dok tgk jela.. kami semua terpekik terlolong.. 
hahahaa.. xpe next time eh Leena.!~








yeaaahh!~ kwan sekolah da 6 Tahun xjmpe!~
reunion kali nie husbnd dia spoting joint sekaki..










my Bestprent.. sepingan, sekatil, sebulu.. huhu










Masa : 1.30 pm..
mood : penat! sakit2 badan..
Lokasi : Otw ke weding mizi n Azlizah!




kitorg xmand.. sempoi2 je..
xsempat.. men redah je..
sembur perfume je..
selambe jerr..










makan dengan rakusnya!~ lapa kot time nie!~










Taniah Pada Mizi n Azlizah..
semoga bahagia ke akhir hayat~ ^__^










Masa : 3.30 pm
Mood : nak mand.. tp xbwk baju mandi.. so xmandi..
Lokasi  : Air Kolam Asahan..



Ramai org time tuh.. termengah2 naik 1 persatu tempat..
peringkat ketiga kami bernasib baik lokasi yang kami pergi..
xde org.. soo ini kami punya tempat!~





Dok tgk org mand je la hai.. +_+




Sedih rr.. xmandi.. celop2 kaki je.. 
rugi.. rugi..








Best larhh!~ bile kumpul ramai2.. gelak tawa sama2..
bukak ctr dulu2.. time nakal dulu2..
skng sume da berjaya dlm kerjaya dan juga famly
taniah~ korang mmg da best!~ 








Tahun depan reunion kita semua smbut  kt cerating, pahang.. 
insayallah.. kalau jadi dan umo pjg kita jumpe lg. ^_^