disable right click

like comel

moving tab

Saturday, June 16, 2012

We LoVe U Ayah!~



Ketika pagi~

Tidak sedikit pon perasaan jemu memeriksa  kereta bagi memastikan air dan minyak engine sentiasa mencukupi ~
Ucpaan yang pertama keluar dari mulut ayah sewaktu melangkah keluar rumah.. “ angah ade duit tak nk g kerja nie? Hati2 bawak kereta, baca doa nek kenderaan jgn lupe”



Ketika malam~


Sentiasa pastikan kipas bilik dan ubat nyamuk di pasang dalam bilik tidur kami sampai la ke harini~ dan suara memanggil “angah adik tidur da mlm sok nk bangun pagi" ^_^ 








Ayah kamu adalah ayah yang terbaik dalam hidup kami~ pelengkap kesempurnaan dalam hidup kami adik beradik.. pengorbanan mu tidak terhingga banyaknya.. kakngah jnji akan jadi anak yang baik~ !~
  WE LOVE U AYAH!!!!~

Sunday, June 10, 2012

=___=






Coconut Shake Special Klebang~



Mee Bandung Special Klebang~




Rindu Nak MAKAN NASI LEMAK~ +_+




Friday, June 8, 2012

Resepi Ayam Masak 3 Rasa~


Di mana ntah aku dapat kekuatan nk masak cuti- cuti mcm nie.. rajin pulak nk masak yang sedap2..
Bahan- bahan dah tersedia cume men campak- campak kan aje~
ingatkan harini ni nk  masak ayam penyet.
tp ayam lupe nk peram la.. +_+


Mari kita lihat bahan- bahannya~



½ ekor ayam - dipotong 
½biji bwg besar - di hiris 
minyak untuk menumis 
3 ulas bwg merah kecil - di hiris 
4 ulas bwg putih - dihiris 
halia sebesar ibu jar - dihirs 
1 btg serai - di hiris 
sedikit garam
½ cwn air 
2 sudu mkn lada kisar 
1 sudu kcl serbuk kunyit 
2 sudu mkn serbuk kari babas (hijau) 
2 sudu mkn sos tiram 
2 sudu mkn kicap manis 
3 biji tamato - di potong dua
Nenes-  potong dadu
Lobak - Potong dadu





Cara membuatnya seperti berikut :


Ayam yang telah siap di goreng.. Tumiskan minyak , masukan bahan yang di hiris sehingga naik bau, kemudian masukan lada kisar, serbuk kunyit, serbuk kari,sos tiram, kicap manis gaul rata sampai timbul minyak. masuk ayam, garam dan masukan air. setelah hampir masak masukan tomato, Lobak dan Nenes. Sedia untuk di hidang. yeaahhhh!~




Ayam Masak 3 rasa~!!



Bila da masak rase tidak lengkap kalau tak de air yang menyelerakan ...~
Leeya yang rajin merelakan diri menyediakan Jus Carrot Susu~





Sedia untuk di kisar~!




CARROT SUSU~ Myumm! myummmi!!~



Bila Cuti- cuti mcm nie sume orang ade~
macam2 perkara  nk buat~
Paling best my mum la bila ank2 die tolong buat kerja rumah 
dapat la die merehatkan diri~ ^___^





Thursday, June 7, 2012

Percubaan Lagi~


Memperkenalkan~

BODY ILLUSION > AVON~





Tak tau nk gambakan perasaan bila dapat korset baru~  hahah~ poyonyer haisshh~ dan ini  bukan kali pertama aku menyakinkan mak utk belikan korset yang baru untuk aku~ sebelom nie Body Slimming wear.  dan sekarang Body illusion dengan alasan yang kukuh~ mak.. kawan kawan kakngah sume cakap kakngah da demok mak.. cube beli koset nie pakai hari hari nanti lelame msti nmpk kurus~ (bersungguh sungguh betol) kalu da mengayat sume boleh terpegaruh hahah~ 

Sekarang nie pon da mengila dengan trend Dress terkini~ bila da ada korset nie berkemungkinan ia boleh menutup segala kenampakan bongolan bongolan yang amat merisaukan tanpa perlu mengimpiskan perot..  tidak perlu risau lagi dengan adanya Body illusion anda boleh berjalan dengan penuh keyakinan~ (Ayat boleh buat iklan Radio oii) 





Ape yang best tentanga Body illusion nie aku rase ia memberi keselesaan yang maksima kerana kainnya lembut dan yang paling penting tidak mempunyai tulang tau dawai besi yang boleh membuatkan kita tidak begitu selesa apabila memakainya~ korset ini membentuk tubuh  dari  perot sampai ke peha..  kain yang berkualiti sangat selesa memakainya~ 


Apa saja untuk kelihatan cantik dan menawan (eceh ceh ayat)
harus cantik diluar dan juga di dalam
apa yang penting semangat dan usaha
bukan utk org lain..
tapi untuk diri sendiri juga~
SELAMAT MENCUBA~

Tuesday, June 5, 2012

Jom Kongsi~



Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua?



Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?



1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!" (ishh ishh xpatut betol)

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tidonya. wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter,  banyak kedut2 so cepatlah jadi tua..


Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.

Santapan~




Mee Mata Telur kebo~ 



Roti Nan Cheese! sungguh meyelerakan~


My Febrett ~ ^_^