disable right click

like comel

moving tab

Thursday, March 22, 2012

Terjumpa.~



Malam nie teringin nk lepak bilik mak..  kemas je bilik mak.. best berkubang.. (bilik aku bersepah kot.)  sedang aku baring dengan posisi tangan dan kaki mengipas2 seperti acara renang kuak rentang.. sambil  mata melilau sehingga la aku terjumpe benda yang pelik terselit dekat belakng almari.. occt! Album lama!! Yeeaahh! Membelik belik isi perut album dan terbit la nostagia dulu dulu.. semasa aku kecil2.. yaah! Boley tahan cumel.. mana ada macam ank bangla.! +_+. 



Bila mak kata aku kecik kecik da suka bergamba, sukar untuk dipercayai.. tp bila belek je gamba aku.. depan belakang penuh dengan gamba aku.. rasa macam nak percaya je.. ehh! pembetulan.. bukan saya yang mintak digambakan! mereka suka amik gamba saya~ hehee.~


Anatara gamba yang sempat aku scan…



 

Saya dan Emak saya.. Ketika ini baru berusia 4 bulan~
semangatnya badan saya sampai la sekarang +_+






 

Masa ni baru pandai menyiarap..
oh! patutla mereka suka amik gamba saya..
orang soh senyum saya bantai ketawa..





(aku yang pakai gaun putih ade tag no 2. bertopi dan sedang pegang bakul)

Gamba ni agak special!
masa nie aku masih berusia 4 tahun..
masuk pertandingan pakaian paling cantik!
dan sama ni aku memperagakan pakaian ala ala princes!
dapat tempat kedua! hoho.. baju nie mak aku yang jahitkan!










Thursday, March 8, 2012

Anak Jati Melaka kerr??



PENGAKUAN TERBUKA!! Saya anak Melaka .. tapi xjati .  nama je dok mlk. Ic Melaka.. tapi sangat slow bab bab jalan  Melaka.. tempat yang best dalam Melaka.. makanan yang popular pon kadang2 blurr.. bila orang luar tanya makanan apa yang best kat Melaka.. alasan yang selamat aku akan jawab.. eh! kalau kau nk tau sume makanan kt Melaka sedap2 belaka.. (dengan penuh semangat.)  hahah~  aku lahir je kat Melaka tp membesar dimerata tempat.. bila ayah dah pencen baru menetap di MELAKA ( Alasan kukuh)..


Bila kawan dari segenap pelusuk negeri datang ke melaka sebagai pelancong.. sudah semestinya aku sebagai kawan yang baik.. jadi pemandu pelancong.. tunjuk jalan dan tempat- tempat yang menarik dekat  Melaka ni~ dan! Perkara yang wajib aku buat! Topup fon dengan nilai yang banyak supaya aku boleh kol kawan2 yang lain jika sesat! Keduanya aku akan pastikan tangki minyak kereta aku sentiasa penuh.. ~ jika sesat tidak la Nampak sgt.. alasan bersiar siar 1 melaka boleh diguna pakai jika aku sesat.. sungguh tragis bila suda sesat jalan! Itu baru cerita bab jalan.. belum lagi Tempat makan yang best? Tempat yang menarik? Arrrhhgggg! Aku memang bukan anak Jati Melaka!!





KOMUNIKASI~ disebabkan aku di besarkan di merata tempat.. bahasa yang afdal adalah bahasa KL. Dengan kata lain tiada lorat mana2 negeri.. bahasa yang mudah difahami oleh rakyat Malaysia! Dan aku guna pakai sejak kecil sampai lah kedewasaan ini~  bukan sesuatu yang pelik kan? Dan menjadi kepelikan aku bila aku menatap di MELAKA. Kejutan bahasa bila atok, nenek pok mok sedara semua berkomunikasi dalam lorat MELAKA.. termasuk la EMAK aku sendiri yang selama ini aku tidak pernah langsung dengar dia melontorkan suara dalam LORAT MELAKA.. ohh.. autometik trus tuka corak percakapan  bila duduk je Melaka.. *terkejut* bila sudah ada kawan.. bergaul sana sani.. kelamaan aku suda biasa dengan percakapan orang Melaka.. hehee.. tapi tidak semua yang aku tau.. boleh dikatakan suku je yang aku tahu.. dan ini sebahagian bahasa Melaka yang aku baru tahu... Jom Belajar bersama- sama!




Bahasa Orang Melaka~


1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”
3. Kahau : Cakap kasar
4. Godak : Kacau (contohnya: Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See...sebut betul-betul GODAK. Pandai...

5. Lahabau (Lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).
6. Berboko, barah, cekik : Makan
7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane...Yele…Ikut suka hati ko le…
8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).
9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku)
10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)
11. Dak : Biasa digunakan apabila memangil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.
12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)
13. Gobok : Almari
14. Membongkang : tidur yang amat lena.
15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau .
16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas.
18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah
19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?
20. Lopak : Pencil box
21. Beledi : Baldi
22. Lemari : Almari
23. Lebang : Pemalas





Hahahaah! banyak rupenya yang aku xtau bahasa orang melaka nie..
yang bese aku guna pakai no 4 je.. godak air.. yang lain...
baru Aku Tahu!.. hakahkahak!!
okey! lepas ni kena tau banyak lagi bahasa orang melaka..
baru la boley bangga jadi Orang MELAKA~!
^____^





Kebanyakan bahasa orang melaka   yang kita dengar kasar kasar belaka..
tapi percaya lah orang melaka semuanya baik- baik~  heheheee...