disable right click

like comel

moving tab

Tuesday, December 16, 2014

Permata Hati..

Coretan untuk mu anak--

 

 

22 mac 2014 adalah hari penyatuan 2 hati. Alhamdullilah Allah telah satukan jodoh kami.. Segala kekurangan dan sopak2 yang terlihat pada sifat diri ini allah kurniakan pinjamananNYA -- insan yang telah sempurnakan hidup mama.. Kami jalani bahtera kebahagian ini walaupon berjauhan..

6 minggu 4 hari bergelar suami isteri.. Allah turunkan lagi kenikmatan rezeki pinjaman yang tak terhingga pada kami.. -- zuriat. In shaa allah dengan izinNYA.. Perasaan masa tu-- tak dapat nk gambarkan, Hanya air mata kegembiraan, bersyukur teramat yang dapat di luahkan..

 

 

 

 

Test upt kali kedua.. Padahal masa ni period belum lewat.. Tp dah excted nk test.. Awal 2 hari.. Betapa tak sabanya nk ada zuriat sendiri.. ^__^

 

 

 

 

 

Kandungan 8 minggu

Kami dah tak saba nak tunggu kamu cukup 2 bulan untuk chekup kali pertama masa tu.. Bila cukup 2 bulan je, Mama tergerak hati nak pergi klinik untuk chekup.. Mama kol papa nak chekup sorang2 tak boleh dah tunggu papa.. Lambat rasanya.. Ok papa izinkan..

 

 

 

 

Pertama kali chekup berdebar perasaan masa tu.. Haishh ingatkan dah tak kne amik darah -_- pasrah je masa tu hulur tangan .. org terpaling takut dengan jarum kn.. Tiba bilik yang terakhir sekali.. Chekup perot.. Mama tak sabar nak tengok kamu sayang.. Tapi .. Hampa rasa hati bila nurse cakap perot mama dah mcm 5 bulan.. tak mcm 2 bulan pun.. Siap bertekak dengan nurse tu .. "Sy baru je kawen nurse apa pulak dah 5 bulan" " ok puan takpe kita refer pada doc.. Biar doc scan baby awak"



Mama kena tunggu lg.. Untuk scan.. Tak lama lepas tu .. Doc pangggil masuk.. Mama kena baring.. Doc tekan2 perot mama.. Rasa sakit bila ditekan tekan.. " perot u besarlah macam 5 bulan.. Betul ke 2 bulan? " sy br kawen 22 mac takkanlan dah 5 bulan" " mana tau sebelum nikah ke?" Runtuh rasa hati ni bila dituduh macm tu.. " ok takpe puan kita scan tgk besa mana bby awak"



 

 

 

Doc mula scan.. Ternyata memang usia kamu 2 bulan . Doc mintak maaf dengan mama.. Dia ckp pertama kali dia chek ibu pregy perot besa mcm ni.. Hilang kesedihan mama bila tgk kecilnya kami dalam rahim mama.. Lama doc scan macam mencari sesuatu.. Masa tu mama tengok berkerut dahi doc merata rata dia scan ke kiri ke kanan atas bawah.. Lama jugaklah mama nak tunggu apa yang doc nak cakap..

 

Lepas scan doc ajak mama duduk.. Hati mama berdebar2 -- " i rasa ada smthing la sebelah rahim u.. Tapi i tak pasti itu apa. Sejenis ketumbuhan dan kemungkinan itu fibroid.. Ya allah sekali lg hati mama di rentap, terasa di siat siat hancur! -- terdiam. Doc pegang tangan mama.. " u jgn risau bby u sihat, jantung semua ok.. I buat surat ke GH. U kne refer ONG nanti kat sana doc pakar kan jelaskan lebih lanjut..

 

Hilang separuh nyawa.. Fikiran ntah kemana.. Hati yang luruh.. berat kaki melangkah keluar.. Yang ada hanyalah jasad yang kosong.. Melepasi pintu keluar papa call mama.. Lama mama diamkan diri.. Berat mulut nak berkata.. Tak reti nak mulakan macam mana.. Lama papa tunggu .. Akhirnya tangisan yang keluar .. Sory papa.. Mama tak boleh nak menahan sebak .. Mama tak reti nak jelaskan mcm mana.. Papa dah start risau.. Tak tentu arah dia kt ofice fikirkan mama.. Bersungguh papa suruh mama terangkan.. Yang boleh mama cakap -- " ada ketumbuhan kt sebelah rahim kena refer pakar GH esok" .. Petang tu jgk papa gerak ke melaka.. Terus ke ofice mama.. Nampak je papa.. Mama terus pelok papa nangis2 tersedu2.. Drama betul masa tu.. Haishh..

 

 

27 jun 2014 adalah penentu segala kekusutan dalam benak fikiran nie.. Perasaan takut mula menguasai.. Papa setia menemani mama.. Tapi mama tau.. Papa pun takut nak terima apa yang bakal doc jelaskan nanti..

 

 

 

Macam ni la punya ramai org..

 

 

Tiba giliran mama chekup.. Papa setia tunggu di luar bilik.. Doc mula scan.. Doc terangkan satu persatu.. Mana jantung awak.. Tumbesaran awak.. Kedudukan awak semuanya ok.. Doc kasik mama happy dulu dengan keadaan awak.. Lepas tu doc scan bahagia atas belah kanan.. "awak nampak tak hitam bulat besar tu? "nampak doc.. " " ni dinamakan fibroid, tp fibroid awak ni besar sgt dia berada dekat atas nie, dekat dengan bby awak" --- perasaan mama kosong.. Mata mama hanya tertumpu pada makhluk kecil yang hidup dalam rahim mama.. Nyawa yang baru nak membentuk, baru nak merasa hidup.. Kesian kamu sayang terpaksa berkongsi ruang dengan ketumbuhan mama..

 

 

 

 

 

Besarnya fibroid mama.. Kecilnya kamu syg..

 

 

Doc mula terangkan risiko bakal berlaku kelak.. " fibroid awak besar sgt dan akan ada risiko pada kandungan awak.. Faktor pertama kemungkinan akan gugur, keduanya kalu ada rezeki awak, fibroid tu akan memganggu proses tumbesaran baby awak.. Dan kemungkinan awak akan bersalin awal dari due date awak.. Dalam fikiran mama -- doc kau hanya memberitahu segala kemungkinan dengan fakta2 perubatan.. Tp aku lebih percaya dengan kuasa Allah.. Aku redha.. Allah kurniakan rezeki tak ternilai ini dengan dugaannya sekali.. Hanya menduga ketebalan imam aku.. Mama percaya allah uji mama dengan tahap kemampuan mama.. Ada hikmah disebaliknya kelak..

 

Keluar dari bilik doc.. Mama tahan air mata yang dah bertakung.. Mama cuba kentalkan perasaan ni.. Tapi tak lama.. sampai je kereta mama nangis semahu mahunya.. Papa tak masuk kereta pun.. Dia mcm biasa basahkan mulut dlu.. (merokok) tp mata papa tak lepas pandang mama.. Masa dlm perjalanan pulang papa sikit pon tak tanya apa yang doc jelaskan pada mama.. Hanya lawak badut yang dia persembahkan pada mama.. Mungkin tu je cara papa nak hilangkan kesedihan mama..

 

Sampai je rumah tokwan dah tunggu depan pintu nampk riak wajah tokwan tak sabar nak tahu berita tentang mama.. Mama sedikit tenang.. Mama cerita satu persatu apa yang doc jelaskan td.. Masa tu la papa amik kesempatan dengar dan hayati setiap butir percakapan mama.. Mama pandang papa.. Papa tunduk dari td.. Terselah kesedihan pada rauk wajah papa.. Kata kata semangat tokwan buat mama makin tenang..

 

Rupanya dalam diam, malam tu papa search google carik info berkaitan dengan fibroid. Call kawan2 papa mintak pendapat.. Mama tak kuat nak tau lebih lanjut.. Hanya sedih memikirkan keadaan kamu.. Beruntungnya mama dikelilingi orang yang tersayang..

 

 

 

 

Kandungan 11 minggu

Mama mengalami alahan yang teruk.. Muntah2 hilang selera makan.. Berat mama dari 60 kg dah turun ke 52 kg.. Muka cengkung.. Badan tak berdaya.. Pantang makanan masuk dalam mulut 5 minit macam tu keluar balik.. 14 julai 2014 waktu sahur.. Mama muntah teruk sampai bleeding.. Silap mama muntah sambil mengcankung.. Perasaan mama masa tu tuhan je yang tahu.. Mama cpt2 keluar.. Mama tgk tokwan tokki tengah sahur.. Mama tunjuk kn kain y penuh darah tu.. "'Mak darah mak!" Tokwan terkejut.. Atok dah stanby nak hantar mama ke hospital.. Mama ckp dengan atok nak tunggu solat subuh dlu br pergi hosptl.. Tengah sarung telekong darah keluar lg.. Habis kain telekung mama kne darah.. Tak dan nak solat.. Atok terus anta wad kecemasan..

 

 

 

 

 

Doc scan perot mama.. Alhamdullah awak masih bernyawa.. Jantung dan kedudukan awak dalam keadaan baik.. Mama lega sayang.. Tak putus mama berdoa moga ada rezeki mama .. Sekali lg mama kena amik darah.. Doc bagitau kandungan mama terancam.. Bleeding disebabkan fibroid yang menekan awak.. Mama kena Tahan wad doc pantau setiap masa.. Mama dah tak kesah berapa kali kena amik darah berapa kali masuk ubat yang penting sekali keselamatan awak..

 

Sekitar jam 9.00 pagi doc datang jumpa mama untuk scan sekali lg.. Mama di bawa ke bilik scan.. Doc mula scan.. Sekali lg mama tengok kamu sayang.. Doc tunjukkan satu persatu.. Sukanya mama bila kaki tangan awak sudah terbentuk.. Cumel sgt.. Alhamdullah kamu tumbuh dengan sihat.. Lepas scan, doc bagitau darah mama kena cuci untuk elak dari jangkitan.. Tak pernah mama rasa sakit yang sebegitu.. Sampai berkedut unifrom nurse tu mama genggam menahan sakit.. Sakit yang mama tak pernah rasa sebelum ni..

 

Tengahari tu papa call.. Mama tak sempat nak bagitau papa keadaan mama.. papa dah mula risaukan mama.. Tanya keadaan awak.. Mama bagitau awak sihat, aktif, jantung, kedudukan semua ok. Papa sedikit lega. Mama tak kasik papa balik tgk mama.. Mama nk bina kekuatan tanpa papa.. Mama kena berdikari.. Sekurang kurangnya jadi apa2 mama dah kuat untuk menghadapinya kelak..

 

Doc pantau keadaan mama.. Kuantiti darah yang keluar semua mama kne report pada nurse.. Alhamdullilah sayang.. 3 hari darah dah berenti keluar.. Mama mintak kebenaran doc untuk pulang.. Sepatutnya mama kena duduk seminggu . Tp setiap kali doc dtg melawat mama merayu mtk keluar.. Akhirnya doc benarkan.. Dengan syarat kalu darah keluar lg mama kne cepat2 dtg hospital.. Yey!! lega hati papa bila mama bagitahu dah boleh balik.. tengahari tu Atok datang dengan acu leeya jemput mama..

 

 

 

 

Kandungan 15 minggu


Sekali lg mama diduga.. Mama hidap sakit di kawasan bawah sebelah kanan.. Sakit yang teramat sangat.. Semacam bisa.. Tidur mama terpaksa posisi duduk.. Jalan menyenget ke kanan.. Lama mama menahan sakit sayang.. Hari2 mama call papa nangis2 mengadu sakit.. Sekali lagi mama buat papa risau..

 

14 ogos 2014 mama gagahkan diri pergi klinik vincent untuk chek.. Nak tunggu pakar ONG minggu depan lambat.. Mama dah tak sanggup menahan sakit.. Doc liu mula scan mama.. Doc tanya kesihatan mama. Mama cerita dari A-Z.. Doc bagitau mama.. Awak sedang membesar.. Dan fibroid menekan itu yang menyebabkan sakit.. Doc bgtau rasa sakit tu akan bertambah sakit bila mama makin sarat nanti.. Apa yang doc cadangkan telan penadol untuk melegakan sakit.. kalu tak berkesan mama kena rujuk GH.

 

 

 

 

 

Atas kepala awak je ketumbuhan mama.. Sempit mama rasa awak dlm rahim mama.. Berjuanglah sayang.. Mama berdoa allah kesiankan mama agar ada jodoh kita nnt.

 

 

Sayang.. Doc liu sangat teliti, Step by step dia tunjukkan pada mama perkembangan awak.. Ukuran kepala awak.. Ukuran panjang awak.. Dengutan jantung awak normal.. Tumbesaran awak sederhana ikot usia awak.. Alhamdullilah awak semakin membesar.. mama dah nampak awak bergerak dan menendang2.. Mama mintak auntie mina rekod video untuk tunjukan pada papa.. Hilang segala sakit mama sayang..

 

 

 

Kandungan 21 minggu



Cukup usia awak 5 bulan 1 minggu.. Mama papa tak saba nak chek detail awak, jantina awak papa paling excited.. Berteka teki selama ni.. Boy ke gurl? Hehe.. Mama tak kesah apa pun jantina awak.. Awak membesar dengan sempurna, sihat dan ckup sifat tu dah cukup bagi kami.. Kami pergi klinik vincent.. Apoitment pukul 5.00 ptg.. Kali ni doc vincent yang scan mama..

 

 

 

5 bulan 1 minggu..

 

 

Tomey je awak dalam perot mama.. Doc tunjuk mama tangan awak, kaki awak, jantung awak, tulang blakang, tulang rusuk, mata, hidung mulut alhamdullilah semua lengkap sayang.. Syukur. Doc tanya mama papa "awak nak bby gurl or boy".. Mama ckp "fst bby tak kesah doc" Hehe. Bila doc cakap je "sy nampak burung" mama terus "hah? Serius doc? Bukan tali pusat dia?" "Tak lah.. Tali pusat dia dekat atas. Berkali2 doc tunjuk bird awak.. Last2 mama percaya awak boy" doc ckp 99% boy.. Okey.. Papa paling happy sekali bila tau awak boy.. Termakbul la doa papa nak zuriat fist boy.. Amin.. Syukur ya allah.

 

 

 

 

Doc vincent siap tunjuk lg kt mama bird awak.. Jelass.. ^__^

 

 

Bila sampai je kt kereta papa suruh mama tengok balik vid awak yang papa rekod.. Punya la papa happy syg.. Malam tu turn papa pulak tgk vid awak.. Tengok awak gerak life dlm perot mama. Sebelum ni bila mama ckp awak bergerak dlm perot.. Papa pegang tp tak rasa.. Sekarang life boleh tgk sendiri.. Hehe aktifnya awak sayang..

 

 

 

Kandungan 22

Genap usia awak 22 minggu 2 hari -- pada 2 oktober 2014, mama ada apoitment dengan doc pakar GH. Macam biasa la tiap bulan doc pakar O&G akan pantau awak dan ketumbuhan mama.. Tiap bulan jgk mama dapat tengok perkembangan awak.. Hihi.. Tapi mama paling tak suka bila tiba masa kena duduk depan doc n doc bagitau setiap detail berkaitan awak n fibroid mama.. Tak suka perasaan masa tu.. Doc bagitau mama awak bila2 masa je boleh keluar disebabkan kemba awak y kadang menekan awak.. Doc akan bagi tarikh tok matangkan paru paru awak.. --- perasaan masa tu entah lah.. Mama redha tak putus2 doa moga ada jodoh kita nanti.

 

 

Kandungan 26 minggu

30 oktober 2014 sekali lagi mama jumpa doc pakar.. Kali ni tok wan teman mama disebabkan papa tak dapat cuti masa tu.. Berdebarnya mama nak tau keputusan doc masa tu.. Selepas chekup dan scan selesai.. Doc panggil mama.. " puan macam mana keadaan puan sekarang?" " ok doc takde pape masalah" " ada turun darah tak?" " takde doc" " sakit kt bahagian perot?" "Pon takde doc, alhamdullilah buat masa ni saya sihat" "ehh yeke awak takde rasa sakit.. Bby awak sedang membesar tau, tumbesaran dia pon normal, sekarang keadaan dia pon normal.. Dia pusing dah walaupon tempat dia sempit.. Kuat bby awak nie.." " yeke ke doc. Alhamdulillah " " ok takpe awak tunggu luar dlu sy nak bincang dengan doc pakar yang lain.. Nnt saya panggil masuk"

 

 

Ya Allah bersyukurnya mama masa tu.. Allah dengar doa mama syg.. Lega hati mama.. Awak kuat dlm rahem mama.. Dekat 45 minit macam tu doc panggil untuk jelaskan keputusan selanjutnya.. "Puan sy dah pun berbincang dengan docter, sekarang ni bby awak sihat mcm bby normal, pergerakan dia, jantung dia semua normal.. Bby awak kuat jadi takde sebab kami nak matangkan paru paru dia.. Bby awak pun dah pusing, in shha allah awak boleh bersalin normal.. Kita biarkan dia membesar semulajadi.. Tp puan, kalu ada tanda2 nak bersalin, turun darah ke cepat dtg hosptl ye, masa tu jgk kita akan cucuk matang paru paru baby.. So puan takde masalah pape kita jumpa lg 2 bulan lan ye..

 

 

 

Kandungan 30 minggu...

 

Masa yang ditunggu2 untuk lihat perkembangan awak.. Apoiment dengan doc vincent pukul 5 petang. Kami terawal pulak.. Jadinya jalan2 shoping barang kamu dlu.. Hikhik bab ni mama paling excited.. Nampak je baju yang cute laju je tangan ni gapai.. Papa dah start buat muka.. " bby kn dh byk baju" hehee.. Mama buat muka kesian.. Papa turutkan je.. Selesai shoping.. Bergegas ke klinik.. Masa tu dh excted nk tgk awak.. Doc vincent mula scan mama.. Yey! Awak makin sihat sempurna.. Tp doc vincent ckp awak kecik sikit dr umur awak y sepatutnya.. 28 week pembesaran awak masa tu. Kurang 2 week.. Mama tanya doc, doc kata "its ok. Masih normal.. Kecik mungkin ikot baka puan" (sempat bergurau doc ni tau). Tp doc ckp kemungkinan ketumbuhan mama tu ada ganggu sedikit tumbesaran awak..



Mama request nak scan 4D.. Tak saba la nk tunggu awak keluar.. Banyak kali doc cuba amik posisi yang cantik.. Nak2 tang muka tu.. Doc ckp awak menyorok dekat uri.. Jadi scan tak clear. Mama kecewa masa tu.. Beria suruh doc buat smpai boleh.. Lama jugak la.. Last2 bantuan nurse diperlukan.. 2 org kerjakan perut mama.. Sakit2 kena tekan nk suruh awak tunjuk muka tu.. Hihi.. Last2 awak beralih jgk. Tp sikit je. Takpelah asalkan nampak..

 

 

 

 

 


Alolololooo.. Sygggg mama.. Si hidung kembang! Doc masa scan ckp " tgk kembang hidung ank u" hehehee.. Bibir nipis, dagu bontot, hidung kembang.. Ikot rupa sapa ni syg? tak sabanya mama nak tunggu kamu lahir nnt..

 

Papa excited bila dpt tgk awak.. Berkali kali telek gamba.. Sampai ke tahap bawak kereta pon mcm nie =.="

 

 

 

Excited kan papa? Ckp sorg2 sambil tgk awak.. Mama kt sebelah mcm tak di endahkan dah..


 

 

Kandungan 38 minggu 3 hari

 

Baby mama... Awak makin aktif menendang kuat sampai senget senget perot mama.. Awak membesar dengan hebat sekali.. Syukur ya Allah dengan izinMU zuriatku cukup tempoh matang tunggu masa je nak keluar.. Haishh perasaan mama masa ni tak saba dah . Kaki dah naik bengkak, perot makin membesar.. Br timbul stretchmark.. Aritu nurse datang umah baru puji perot mama bersih takde stretchmark.. 2 minggu kemudian amboi rancak timbul. -_-" sampai papa tegur "bby dah mcm buah tembikai la ada corak2" hmmmm... -sentap-

 

26 jan 2015 mama ada chekup dengan pakar ONG.. Mama ingat 29 dec airitu last chekup tak payah ngadap ONG lg. Nampak gayanya awak dah selesa dalam perot mama eh.. Takmo kua.. Sempit2 pon syok dlm perot ye nak.. Ok takpe bg change. Mama chekup kali ni acu leeya yang teman.. Papa? Mcm biasa bz manjang.. Nk simpan cuti bila mama slmt bersalin katanya.. Hmm mama ok jee..

  

Chekup kali ni lain dari yang lain.. Mama kena jumpa 2 docter.. Lemah rasa bdn neh bila doc mula mengeluarkan kata kata.. Mesti cerita yang tak best akan keluar.. Doc bagi tau risiko risiko yang bakal mama hadapi semasa proses kelahiran awak nanti.. . Rahem mama akan dibuang jika mengecutan rahim tidak berlaku selepas melahirkan kamu.. Terpaku sekejab dengan kata kata docter.. Tak dapat mama bayangkan jika itu terjadi.. Tapi mama redha jika ia berlaku.. Asalkan mama dapat melahirkan kamu dengan selamat.. Dapat beri zuriat untuk papa. Itu sudah cukup buat mama.. Doc bagi tarikh 5 februari untuk last chekup.



39 minggu 2 hari


1 feb pukul 5.30 petang.. Keluar tanda lender berserta darah.. Ok tu tanda nk bersalin.. Disebabkan tak sakit. Mama relaz je tak bagitau tokwan pon . Cuma bgtau papa. Mama ckp tu tanda je tp tak sakit. Tunggu sakit la baru pergi hosptl. Papa ok tp sedikit risau. Petang tu jugak mama teringin nk kopi2 teringin nk mkn.. Sempat lg tu..




Thnks papa teman mama.


Lps balik makan2 dlm pukul 7.30 mlm turun lg lender kali ni banyak.. Tunjuk dekat tokwan. Tokwan suruh segera ke hosptl.. Pukul 11.00 pagi macam tu doc chek laluan dan buat CTG. laluan br buka 1.5. Mama kena tahan wad. Haiya bercinta duduk wad. Igt dh boleh tolak ke LR. 2 feb jam 11.00 mlm doc chek laluan dh buka 2cm. Mama tak rasa sakit pon masa tu.. Padhal kawan katil depan tu buka 2cm sama mcm mama tp dh start sakit nk bersalin.. Pada 3 feb pukul 10.00 mlm doc chek lg laluan dh buka lg 4 cm. Doc tanya "ada mengeras tak? Sakit pinggang ke?" "takde pon doc.. Sy tak rasa pape pon.." "Bagusnya awak nie.. Tak rasa sakit.


Awak siap2 kita nk tolak ke LR awak dh bukak 4cm ni" sampai je kt LR kena buat CTG. Masa tu semua bilik penuh. Mama terpaksa tunggu giliran.. Dari pukul 10.00 pagi sampailah pukul 8.30 mlm br la dapat bilik.. Huarrghhh lama sgt. Nk mkn nurse tak kasik.. Jadinya kelaparan berterusan.



Tepat pukul 8.30 mlm mcm tulah mama kena tolak ke LR . Sakit nak beranak tu takde lagi. Tp perasaan berdebar tu kian menebal.


 

Ok sempat lg snap pic LR. Tak saba nak meneran dh time nie

 
1 jam mcm tu doc chek balik. Still 4cm. Doc tanya "tkde rasa sakit nk meneran kr?" Hanya geleng kepala. "Ok takpe, sy nk pecahkan air ketuban awak ni" lepas ni ada rasa nk sakit bgtau. Doc panggil papa masuk.. Tengok je muka papa terus semangat nk meneran haha. Dalam pukul 12.00 pg mcm tu. Dh mula rasa contraction .. masa tu baru tau rasa sakit nak bersalin tu mcm mana. Rasa sakit yang mmg tak pernah rasa sebelum nie. Abis pagar katil kne goncang. Tak ketinggalan baju papa jadi mangsa kena tarik nasib tak koyak je . Huii.. Sakit berterusan.. Ketuk kepala sendiri pon tak berasa. Doc dtg chek laluan. Ok dh 10cm. Doc soh teran teran teran. Siap kne marah sbb tak reti teran. Yang tak boleh blahh.. Papa siap search internet mcm mana cara nak teran lepastu soh mama baca time tu jgk.. Mama baca? Tengah sakit2 tu?? Ehh papa ni nasib la waras lg kalu tak abis terbang ipad tu kena baling.


 
Dari pukul 12 smpai la pukul 4.30pg mama sakit berterusan dan yang tak syoknya mama masih meneran tp tak berjaya.. Darah dh memancut2 kua. Papa dh makin jauh di sudut bilik tu.. Jadi pompom gurl bg semangat dr jauh je. Doc nurse semua dh berkerumun hadap mama. 3 org tolong tolak perot mama bila contraction dtg. Doc kt hujung katil tu dh sedia nk sambut kamu. Mama asik kena marah je sebab teran tak kuat, kepala kamu dh nmpk dh masa tu.. Doc suruh papa tgk. Papa ckp kt doc dia mabuk darah. Teruss kena halau keluar. Hahaa.. Patut la mkin lama mkin jauh.. Haishh..
Mama masih lg cuba meneran.. Badan dah lemah sgt seharian tak makan.. Last sekali nurse tu tolak perot mama. Terus doc jerit. "Tu fibroid dia jgn tolak.!!" Sakit berganda mama rasa time tu.. Jantung awak dah lemah. Doc scan awak dh senget mungkin disebabkan nurse y tekan perot mama tu.. Mama mintak opret. Doc ckp boleh membahayakan mama. Mama tak kesah dh apa nk jadi janji awak lahir dengan selamat. Lps doc mtk kebenaran papa tok opret. Byk borang kena sign. Doc bgtau efct bila perot kena belah. Mama angguk2 jela. Terus sign.
 


4.30 pg - Masa kena tolak kt bilik bedah tu contraction still ada. Ya allah sakitnya tu taktau nk gambarkan.. Dh sampai bilik bedah mama ckp kt doc mama rasa nak Teran . Doc suruh mama berhenti meneran. Sebab nk opret. Bila ubat bius dicucuk. Br mama lega. Langgsung tak rasa sakit contraction dh. Lemah 1 bdn berserah je apa nak jadi pun..


 
Dalam pada mama kepenatan.. 5.30 pg- Rasa lampu dh ditutup.. Sesi membelah perot dah settle. Tp mama tak dgr pon suara kamu nangis. Doc tak tunjuk pon kt mama bila kamu keluar dari perot mama. Mama blurr sekejab. "Nurse anak saya mana nurse? Doc tk tunjuk pon kt sy" "puan jgn rsau nnt puan jumpa ank puan" hati mama tak sedap. Mama ditolak semula ke LR. Ramai je mak mak yang sedang menunggu ank masing2. Tp mama terus di tolak ke wad tanpa kamu. Ya allah tertanya tanya mama mana doc bawak kamu. Mama dh ngs dh time tu.. Masing2 balik wad dengan ank masing2. Mama je masih menunggu. Untung mama ada untie y kerja dkt hosptl ni. Sebelum mama nk kne tlk ke wad.. Auntie diana dtg jumpa mama. Nak tahu perkembangan mama, mama suruh auntie carik kamu.

Rupanya kamu dihantar ke nursery disebabkan jantung dan pernafasan lemah. Sedih mama dpt tau keadaan kamu..

 
 


Auntie diana tunjuk kn kt mama pic kamu masa ni. Runtuh hati mama. Kenapa byk sgt wayar tu.. Msti sakit kena cucuk kt tangan tu. Mcm2 mama fikirkan tentang kamu.

 
 

Tapi mama tau ank mama kuat kn!




Hari kedua. Alhamdulliah kamu dh sihat. Mama still tak dpt tgk kamu lg.. Auntie diana dtg tgk kamu.. Gamba ni jela pengubat rindu mama.



Pagi tu mama tanya doc bila boleh tgk kamu.. Doc bgtau nnt suruh husbnd dtg bawak mama.. Masa tu jgk mama kol papa dtg waktu lunch nak tgk kamu buat pertama kali.



Papa tak adil betul. Dh tgk izz dlu sebelum dtg lawat mama kt wad. Hmm..





Izz dah dihantar ke wad.. Alhamdullilah. Kita tak kn berpisah lg.. Aku bersyukur diatas kurniaan pinjaman yang sgt bernilai sepanjang hidup ini. Terima kasih YA Allah. Masih memberi ku kesempatan merasai nikmat kasih syg ini.  Alhamdullilah.



Izz Zayan bin Mohd Nor Azrin

Kamu sekuat nama kamu "izz" - kekuatan.

Mama harap juga "zayan" - yang cantik . Yang cantik budi perkerti, cantik akhlak, aqidah keseluruhannya semua yang cantik2 pada kamu syg..