disable right click

like comel

moving tab

Sunday, December 1, 2013

Nasi ayam penyet.

Semalam shoping dengan mak. Abis shoping bawak mak makan kt ayam penyet tersedap penah aku rasa setakat nie. Area mitc. Tu tekak aku rasa sedap.. Tanya mak sedap tak mak? Mak cakap "sedap! Nasi nampk sikit ngah tp bila makan kenyang" wajib mintak extra sambal.. Bagus abg tu tak kedekut semangkuk penuh dia bagi, mcm perli aku pon ada jgk..

Abis makan baru teringat encik tunang ada bg resepi melalui email kt aku.. Dah lama dah dia bg sejak aku mengila ayam penyet. Bila aku cakap aku suka mkn ayam penyet terus carik resepi suruh aku buat sendiri.. Haha. Langsung tak endahkan terperuk mcm tu jela resepi ni. Haisshh.. Sory en tunang bukan tak nk try resepi y u bagi ni. Tp mcm "takde masa je " macam "malas je" macam... "malas je" hahaaa..

Ohh.. Ye! Resepi ni sama je mcm resepi masa en tunang kerja kt kedai mkn ayam penyet dlu (masa tga syok partime kumpul duit kawen punya hal). Siap mintak kt makcik tu.. Thnks en tunang..! Minggu depan dtg mlk sy buatkan ( ya allah berangan mcm sempat pulak nk masak) harharhaaa.. Meh la kongsi sesama resepi ni..


Sumber : Nasi Ayam Penyet Mitc







Resepi Ayam Penyet
Untuk Ayam
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)
Bahan2 utk dikisar:
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk sambal
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Tempe dan Tahu Goreng-
2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.
Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.
Cara hidangan
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.




Selamat mencuba!!!

2 comments :

  1. Ko try test buat dulu..kalau menjadik resepi ni br akak try..hahaha!

    ReplyDelete
  2. hahaahahah~ ini cmfm sedap kak~ resepi org tersayang "tersangat sangat sayang" bagi.. cmfm terpaling sedap! y penting buat dengan penuh kasih sayang ~ hakahakahak..

    ReplyDelete