disable right click

like comel

moving tab

Sunday, May 25, 2014

Berubah ~

Perubahan semasa bercinta dan bila dah menempuh gerbang perkahwinan.


Betullah kata orang yang dah merasa garam lebih dulu.. masa bercinta kita kenal dia baru 30% selebihnya lepas kawen.. ya! sedang merasa teheee.. tapi tak semestinya kita terima perubahan dia "negatif" . kadang kadang tu banyak perubahan sikap yang -- positif.



Masa bercinta bawak ke tunang --

Seorang penjimat melampui norma kehidupan bagi makhluk yang bergelar manusia. Sungguh penjimat yang tak bertempat. -- itulah dia Mohd Nor Azrin.

Kalau nak diceritakan satu persatu -- sendu. Tak cukup satu kotak tisu. Haha b maafkan sy.. Dengan izin ye syg!


Berdating masa bercinta -- jarang sekali lepak shoping mall. Kadang tu jadi heran. Asal dating je lepak taman, tak pun tepi pantai. Masa bercinta semuanya indah. Dapat jumpa pun dah syukur.. dlm kotak fikiran-- dia nie mesti pencinta alam semester. =.="


Makan masa bercinta -- setiap kali dating mesti disudahi dengan makan. Tu dah kemestian. Bila makan jangan mimpilahh kau nk makan tempat2 yang mewah2, eh tak la nk mimpi sampai tempat 5 star. Tapi tempat y biasa cth : pizza hut, MCD, kenny, s.garden dah byk lg... -- jangan mimpi. Memang tak kan. makan sedap pun bila tiba giliran aku belanja.. =.=" kalu nak cerita tempat makan sepanjang bercinta usah cakap la.. Mmg sempoi tepi jalan segala kenderaan lalu lalang.. Lebih asap dr makanan.. dalam kotak fikiran --dia ni mesti anti fast food.. Tak abis2 dengan ulam dia je =.=" Hahahaaa.. B sory lg.. Dengan izin kan kan..


Masa bercinta dia pasak aku dengan ayat -- "kena berJIMAT" , Jangan membazir, setiap benda nak beli mesti keluarkan ayat maut -- " KEHENDAK Ke KEPERLUAN?" Itu mmg ayat yang sering membantutkan aku untuk terus berjoli. -- tapi tetap juga berjoli sakan


Bila dah bertunang.. Aku semakin redha "tunangku seorang yang penjimat.. " Itu gelaran yang lebih manis mungkin. Hikhikhik.. Bila fikir balik.. Dia bukanlah seorang yang berkira dalam segala hal. Ada part2 je. Aku think positif.. Tak harap pon dia berubah jadi lebih terbuka dan pemurah. Mungkin dah kena lah dengan aku yang boros dan dia yang penjimat. Kan tu dah tampak sempurna ?








Bila dah berkahwin ---

Suami dah mula tunjuk perangai yang pelik -- lebih pemurah -- lebih bertolak ansur -- tak kesah. Walaupun baru dua bulan lebih berkawen tapi perangai yang mendadak tu buat aku jadi kaku. Terpana.. Terkejut.. "Eh betul ke mohd nor azrin nie? Pesal semacam sangat perangai.." Bila dah kawen banyak perkataan "EHH" dalam fikiran ni" =.="


Situasi :


Makan
Bila teringin nak makan --- apa yang nak makan anytime.. "Ok je" "boleh je" "dekat mana kedai tu" --- takde lg makan gerai tepi jalan setakat ni. Hahaa.. Nak mcd -- beli , teringin tu ini semua ok ! Masa tu dah terpike. Ehh budak ni bukan anti fast food ke? Ehh sejak bila tak kesah apa y aku nak makan ni?? -- lepastu belek badan.. Kurus sgt aku ni =.=" hahahahaaa!


Shoping
Di shopping mall -- sambil2 nak bayar bil digi, singgah tengok baju.. Hati dah berkata.. Ni kalau call dia msti kata membazir. Nak pulak tengah bulan =.=" -- try call.. "B bby kt shoping mall ni. Nak bayar bil. Singgah tgk baju.. Ada y berkenan pulak.. Haishh.. " ok amik satu y berkenan jab g b bank in duit. " " ehh tak pyh la b. Saja2 je. Membazir la. Nnt nak raya lg.. " kenapa pulak aku yang autometik jadi penjimat nie?? =.=" sungguh aku dah tak obbses shoping seperti dulu.. Banyak menyimpan dr berbelanja.. Takut sengkek pada masa akan datang barangkali . =.="


Bulan yang lepas.. Kami ke kota tinggi. MIL buat kenduri sambut menantu.. Masa nak balik ke melaka. Acah kat dia. (Tak beria sgt pon). " B.. Bby nk iphone?"  "Nak iphone apa?"  "Iphone 5s boleh?"  "Ok. Balik kang kita singgah beli"--- perasaan masa tu -- mata ke atas tangan ke bahu.


Sampai je imac. Panggil salegurl. "Ok bby pilih color mana yang bby nk, salegurl tgk aku terpaku tak terkata. Terus dia cadangankan amik gold color. nampak smrt n cool. Aku pandang hubyy, huby terus--- "ok. Amik 2 color y sama."




Ini bukan nak menunjuk. Ok sapa2 pon boleh beli. Jgn dlm hati terdetik berkata. "Alahh macam laki dia je mampu beli"  ---aku jadi jakun selama berkawan bercinta, bertunang sampai ke kawen inilah hadiah pertama kali aku dapat. Pertama kali. Tau tak mcm mana perasaan tu? Pertama kali aku rasa. -- rasa bersyukur.. Bukan hadiah jadi ukuran. Tp penghargaan y aku rasa. Pengorbanan. Itu. -- Setiap detik kegembiraan aku semat dlm hati dan coretkan disini. Itu saja.






nampak kemeja smart.. belek2. mundar mandir. sent pic wassup. dapat green light. tp akhirnya tak beli.. ntah kenapa. boxer yang sehelai 15 pon aku berkira kira. last2 tak beli jugak hahaa..
macam mana boleh sebegitu rupa? sekelip mata hilang minat bershoping. lebih pada meyimpan. sabtu ahad lebih suka duduk rumah ada husband or tak. tetap dirumah lagi nyaman.


tertanya2. "huby kenapa dulu penjimat terlampau dan sekarang tak lg? " "sebab dulu belum jadi bini.. takde perasaan tanggungjawab lg..  lg pon ntah kenapa  setiap kali bby mintak somthing b rasa kesian, kesian bini b.. mintak tak dapat.. b berusaha jadi suami yang baik" -- touching <3 <3


Dan aku rasa pelik. Bila ada orang kata aku kaki kikis. Mata duitan. Suka lelaki berduit. Padahal aku bercinta dan bertunang dia tak pernah tuba aku dengan kemewahan. Jgn menilai dari satu sudut.. Bila kita tidak tahu orang yang kita nilai itu mcm mana.




my soul mate..!



Sekian...