disable right click

like comel

moving tab

Friday, January 10, 2014

Rendang Hulu

Hujung minggu yang terluang ni tekak rasa nak makan yang sedap2 walaupon dalam mood diet.. Layan IG td terpandang pic haritu.. "Ayam masak rendang Hulu" glupp.. *telan air liur* lagi menguatkan diri ini nak masak rendang bila kak ofce dok mintak resepi rendang hulu dari hari tu lagi tapi asik lupa nk bagi.. Jadi arini bukan setakat bagi resepi tapi siap masak lagi.. Hehee..

Marriii berendang Hulu.. :)

Bahan A
1. Bawang kecil merah 20 biji
2. Bawang putih 10 biji
3. Halia setengah inci
4. Kunyit 1 inci
5. Lengkuas 1/2 inci
6. Cili mesin
7. Jintan kasar satu sudu besar
8. Jintan manis satu sudu besar
9. Serai 2 batang ( potong halus untuk di kisar)



Bahan B
1. 16 ketul ayam ( jika lebih sila tambah bahan untuk kesedapan yang maksima)
2. Satu biji kelapa
3.Air putih - 1 gelas .( Jika ayam bandau kurangkan air sebab aku guna ayam piwau *kampung*)
4. Kerisik - mengikut rasa.
5. Garam mengikut rasa



Bahan C
1. Satu helai Daun kunyit
2. Dua helai daun limau purut.

Proses melembutkan ayam..


Cara memasaknya..
Kumpulkan beramai ramai bahan A untuk dikisar supaya lebih mesra.. Ambil kuali yang sesuai dan masukkan bahan A itu tadi ke dalam kuali. Masukan juga ayam dan sedikit air putih supaya menyenangkan proses melembutkan ayam. Rebus ayam sehingga air kering kemudian masukkan santan mengikut kepekatan yang korang inginkan.. Kemudian boleh la letak kerisik juga mengikut rasa anak tekak.. Dan proses yang terakhir ambil daun kunyit, daun limau purut racik halus.. Tunjuk bakat seni anda dengan menabur daun2 tersebut.. Siapp! Oke sebelum tutup api rasa terlebih dahulu masakan anda.. Rasa ommmphhh? Gempak? Ok boleh tutup api..




Nyummy!! ~

Selamat mencuba ~












No comments :

Post a Comment