disable right click

like comel

moving tab

Sunday, October 13, 2013

Terbang ke Sabah bah Part 2


Sambung part 1 aritu dah cerita kan.. Oke sekarang nk cerita hari esokkannya pulak.. Kami berkumpul pada pukul 8.00 pg.. Van dah tunggu nk pergi breakfst dulu.. Untuk hari ini kami akan pergi ke ranau dan kundasang.. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sana..  Aktiviti kami ke sana 


1. Ke hot spring
2. Ke fish spa
3. Ladang lembu
4. Melawat rumah terbalik


Tak sabar..! Tapi perjalanan nak sampai ke sana tu .. Macam melaka ke KL dah aku rasa.. Apa pun sebelum  berjalan jauh isi perut dulu kenyang2 .. Semangat diera semangat!!







Muka muka penat tak cukup tido.. Haha., ok tunggu makanan sampai dulu.. Dorang nak makan roti canai mamak.. Tp kt sabah ni kedai mamak paling susah nak carik =.="  dekat melaka bersepah je.. Kedai y kami pergi ni kira mamak jgk la.. Ok la asal kenyang perut sudah.. 











Perjalana ke ranau .. Kemutu sudah..











Cuci cuci mata. Kuda jantan ni.. Hahaaa








Setelah 1 jam lebih perjalanan.. Kami singgah berdekatan dengan kawasan ranau kot.. Tak ingat nama tempat ni tapi dah tak jauh nak ke hot spring.. Macam biasa la shoping tak abis.. Tempat ni kira kaki gunung la jgk.. So brg2 kt sini mahal2 belaka berbeze dkt pasar pilipina masih murah dan boleh tawar menawar.. Barang2 yang Jual kt sini pon lebih kurang sama je.. Cuma sini byk barang seni buatan kayu dan anyaman.. Kreatif org sabah ni.. 





Kedai kedai yang menjual pelbagai barangan cenderahati.. Cehh ayat.!












Sudut pandang dr atas.. Indah sekali kan! 






Lepas abis membeli belah kami teruskan perjalanan kami ke hot spring! Yeahh!! Sebelom tu kami lunch dulu kenyangkan perot.. 





Sebelom makanan tengahari sampai kami diberi sup jagung telur.. Pehhh! Mmg super sedap.. Firstme aku rasa sup sedap mcm gini.. Serius sedap!!










Sup tersedap! Mcm sup kosong.. Tp bila rasa gerenti jilat mamgkuk.. Hahaaa.. Sedap weh! 







Menu kami untuk tengari ini.. Dah 2 hari kt sabah ni lauk2 yang dihidangkan tak berkuah dan tak pedas.. Rindu masakan mak.. Hehehee.. 







Okey selesai makan kami ke hot spring. Tak jauh pon jalan kaki je dari kedai makan tadi.. Bayaran masuk Rm 3.00 sahaja..





Apa yang aku tengah bebelkan tu.. Gamba belum ready dah snap.. Sabotaj la abg syed ni.. =.="











Otw ke kolam air panas.. Hekehke.. Kena merentas hujan dlu br sampai..  Boleh tahan jauh jgk berjalan br nampak kolam air tu.. 















Masa lalu kt jambatan tu nampk air terjun.. Cantiknyaaa! Rasa nk terjun je.. 













Panjang jambatan ni oii.. Kne jalan lagi =.="













Yeaahhh!! Dah sampai dah sampai..!! Syoknyee korang berkubang! 
























Okey kami tak mandi pon sebenarnya.. Penat je bawak baju dengan harapan nk mandi manda .. Sob. Sob.. 











Dan kami tak naik pon jambatan gantung ni.. Rugiinyaa.. Apa kn daya kesuntukan masa.. Byk tmpat nk pergi lg.. 









Dalam pukul 2.30 ptg mcm tu kami gerak ke ladang lembu New zealand.. Sepatutnya kami ke fish spa tapi nasib tak  baik fish spa tutup sebab hujan lbt air sungai deras..  Hmm.. Baru nk suruh ikan gigit2 kaki.. =.=" oke kami ke ladang lembu.. Touris guide tu cakap kami kena sampai dalam pukul 3.00 ptg. Sebab masa tu lembu lembu new zealand tu tga perah susu.. So kalau sampai awal boleh la tgk susu lembu diperah perah.. 






Yeah! Dah sampai.. Okey tempat y paling aku suka sekali.. Cantik pemandangan terpaku melihatnya.. Dengan angin sejuk gunung ganang yang indah feling feling new zealand kau. Sangat sangat cantik!! * penuh semangat*















Lembu pon pandai beratur nk perah susu..
















Aku dan lembu.. Wow! Makin bulat muka makan free 2 hari ini.. 














Kaunter yang menjual makanan berasaskan susu lembu segar..
















Yeahhh!!! Yogrt susu dan susu segar.. Susu ni tahan 5 jam sahaja lepas tu tak boleh minum dah.. Mmg betul2 segar.. 














Part ini plg aku suka!! Lps tgk lembu2 tu perah susu jom ke ladang lembu.. Mmg cantik pemandangan kat sini.. Tak puas mata memandang!! Sgt.... Cantik!!















Wow!! New zealand.. Hahahaaa.. Untung kau lembu duduk tempat sejuk!














Lembu2 yang sudah diperah susu di lepaskan balik ke ladang.. Jalan pon beratur bagus betul lembu2 ni semua.. Displin..




































Pemandangan gunung ganang.. 









Masa mencemburui kami terpaksa bergerak balik heee.. Dah ptg kot 2 jam perjalanan lg je dah makan masa... tempat yang terakhir melawat rumah terbalik.. Ohh yeah! Semangat semangat! Dalam perjalanan kami nak pulang singgah sekejab menikmati pemandangan gunung y diselaputi awan tebal.. Mmg cantik! Aku tumpang bergambo.. Gamba ipad tak bape jelas pulak next gambo!





















Yeaah! Dengan mengunakan nikon D90 dengan jelas dapat snap pic yang cantik ini.. Wow! Kagum aku melihatnya! 



















Sampai di rumah terbalik.. Ohh yeah!!

















Ini la rupa rumah terbalik.. Semua benda terbalik termasuk la barang2 peralatan seperti meja, katil, kipas semua terbalik.. Mabuk negoknya.. 

















Rumah terbalik ni bila masuk dalam tak boleh snap pic.. Boleh tgk sahaja. Y boleh snap kt lua kawsan sahaja.. 

















Garaj kereta dengan kerete kereta sekali terbalik.. Kuat tak aku? Hahahaaa..

















Taman pon terbalik..

















Ni luar halaman.. Toliet kt luar la mcm tu.. Nasib boleh snap.. Huhuu.. Tgk la semuanya terbalik.. Tak ke ko pening.. 



















Lepas melawat rumah terbalik kami makan di hotel yang disponser selama 3 hari.. 




Antara hidangan yang disediakan...














Pipi tu pipi tu.. Balik melaka diet balik tak boleh jadi ni mcm kueh pau dah aku tgk  =.="









Lepas makan balik hotel mandi mandi tido.. Mmg tak larat giler badan ni.. Esok pagi mendapat sakit perot muntah muntah.. 







Omaii pagi tu keesokan hari bercadang nk ke pulau manukan.. Tp cancel last min.. Nasib baik.. Kalu tak jwbnya mmg tinggal kt hotel jela.. So pagi tu aktiviti bebas. Dorang sume kua g gaya stret membeli belah lg.. Aku? Tido manahan kesakitan.. Mmg spoi la hari ketiga nasib la hari ketiga.. Grrr.. So pukul 12.00 t/h chek out.. Flight pukul 8.30 mlm.. Kami makan tengahari dan jalan2 pusing pusing KK pukul 5.00 ptg gerak ke airpot.. Balik melaka!! Yeahh! 









Muka org sakit nk balik melaka. . Hmmm... Sekian....!








1 comment :